Sunday, May 10, 2009

Babaaaa.....Ira nak yaaaaaakkkk!!!!

Minggu ini merupakan minggu ketiga Ira di "Toilet Training" kan, prestasinya setakat ini kurang konsisten. Adakala Ira memberi isyarat yang betul, tetapi banyak juga yang "false alarm"...adakala tak keluar langsung, ada juga sesekali dua "angin" yang keluar, lalu dengan tersengih menampakkan gigi kapaknya seraya berkata..." ira tut je......" (Ira kentut aje...).

Maka kami sekeluarga dalam tempoh ini dalam situasi berjaga-jaga agar tak terlepas alarm yang akan berbunyi "Ira nak yaaaakkkk"...atau dia dah kenalpasti siapa yang perlu bertugas, sama ada " babaaaa...Ira nak yaaakkk" atau "miiiiiii....Ira nak yaakkkkkk".

Kalau nak dibandingkan dengan si Ziyad, nampaknya Ira lebih mudah sikit, dia tak galak bermain sangat. Ziyad dulu sangat ligat, maka sambil terloncat terlenjan tu maka berciciranlah air buangannya....adakala dalam kereta pun dilepaskan hajat itu.

Ira pergi tadika tanpa pakai pampers, tapi dalam beg dibekalkan juga sekeping dua, kesian juga kat cikgunya kalau dua tiga kali bertabur dalam kelas. Tapi tiap kali balik sekolah, ira pasti dipakaikan pampers, Pak Yob diamkan aje....takpala..kat rumah nanti kita sambung training.


"Babaaaaaa.....Ira nak yaaakkkkkk"

4 comments:

As@Aza said...

alahaaaaiii bagusnya ira dah di 'toilet train' kan (bahasa rojak lah pak yob...sorry eekk....hehehe)

afiq belum pass lagi dengan yang satu ni....memang satu cabaran buat kami nak toilet train dia...:(

McBudu said...

Budak perempuan selalunya mudah je....

Harith Faruqi Sidek said...

aza: belum berjaya sepenuhnya....kena kawal kadar darah dan angin juga...takut out-burst...kesian lak kat dia.

McBudu: ada penjelasan saintifik untuk itu? sebab ada kebenarannya.

McBudu said...

Sebab yg lelaki ikut bapak, yg perempuan ikut emak! he he