Thursday, July 20, 2006

Umpama Trajedi dalam Trajedi....

Semacam satu trajedi sedang melanda negara kita bila penyanyi "numero uno" Malaysia, Siti Nurhaliza mendedahkan akan "mendirikan masjid" dengan matair pilihan hatinya, Datuk Khalid Mohd Jiwa. Sedang negara jiran sedang berduka dan kelam kabut akibat serangan edisi kedua tsunami, rakyat kita pula semacam gundah dan heboh dengan berita Ct dan datuk K. Rata-rata rakan dan rakyat malaysia yang saya temui dan terdengar komen mereka, kebanyakkan mereka "katakan tidak" pada datuk K, sudah semacam kempen pula. Malah kantung mel-e aku saban hari ada sahaja titipan foto-foto perihal datuk K yang tidak pernah terdedah di akhbar...dari perihal anak-anaknya, rumahnya sehinggalah semasa zaman muda beliau ada di ruang siber yang luas dan tanpa batasan ini. Ada pepatah yang mengatakan "Artis adalah hak peminat"...sejauh mana aplikasi pepatah ini keatas kehidupan seorang artis dan sejauh mana hak peminat keatas diri artis tersebut. Adakah peminat berhak menentukan halatuju kehidupan peribadi artis? rasanya tidak, tetapi sebagai warga yang hidup dalam amalan demokrasi, lontaran idea dan pandangan boleh dilakukan, namun akhirnya tuan punya diri yang berhak sepenuhnya untuk membuat keputusan. Dalam soal pilihan ct, pastinya beliau telah memikirkan semasaknya dengan mengambil kira input-input dari kaum keluarga dan sahabat terapat. Aku pun hairan juga mengapa rata-rata peminat mahukan Fazley menjadi teman hidup ? apakah mereka berdua pernah ada hubungan istimewa? apakah ini yang dikatakan "cinta itu buta?"......sudah tersurat untung nasib jodoh pertemuan ct adalah datuk K...perihal kedua mereka ini seolah trajedi dalam trajedi bagi kebanyakkan peminat ....trajedi kerana siti memilih untuk berumahtangga dikala masih di puncak, dan trajedi juga bila pasangan pilihannya tidak seperti yang diharapkan..bagi yang kecewa tu, terutamanya blogger Indica...apa boleh buat...terimalah.."hatiku luka lagi"...bagi aku, Pak Yob tak kisah.....

3 comments:

McBudu said...

Datuk K sebenarnya telah menyuntik semangat baharu kepada mereka-mereka yang seangkatan dengannya.... Datuk K adalah contoh seorang lelaki yang berjaya dalam perjuangannya... Malaysia boleh!

indica said...

Ya dahsat jugak tsunami ct ni..dan kesian peminat-peminatnya. Bagi mrk ct adalah cinderella dan mrk mengimpikan ct akan bersama seorang prince charming rekaan mrk. tapi nak buat camana..Begitulah kesudahannya kisah cinderella malaysia.

Harith Faruqi Sidek said...

budakbudu: lepas ni ramai lelaki di Malaysia akan simpan misai lebat persis datuk K, contoh terdekat mr. Indica, katanya malam2 sebelum tido dia sapu minyak bijan.

Indica: apa boleh buat, kita bukan sang sutadara yang memimpin naratif kehidupan ct.