Pasukan pilihan aku England akhirnya terkeluar dari persaingan ke Separuh Akhir Piala Dunia....kekalahan menerusi sepakan penalti itu mungkin bukan satu keputusan yang adil bagi para pemain dan peminat..tapi itu adalah keputusan pemutus seri yang terbaik bagi penganjur. Wajarkah England tersingkir? jika dinilai dari persembahan..England lebih banyak mencipta peluang menjaringkan gol...namun peluang2 yang datang gagal diterjemahkan dalam bentuk gol oleh rangkaian pemain bertaraf jutawan. Dalam ramai-ramai pemain England, ada dua watak yang nampak lebih mampan dari yang lain, David Beckham dan Owen Hargreave. Similariti keduanya adalah mereka bermain di liga luar dari england, Beckham di Real Madrid, sementara Hargreave di Bayern Munich. Selain mereka, pemain lain seakan hanya gah dan juara di Liga Perdana sahaja...paling menyedihkan ialah dua bintang tengah England, Frank Lampard dan Steven Gerrard..mereka bukan sahaja gagal menyinar, malahan turut gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing, sedangkan dalam aksi liga, deretan gol mudah sahaja mereka hasilkan......persoalannya, adakah mutu permainan liga inggeris sebenarnya tidak sehebat mana. Mungkin ada benarnya, maka tidak hairanlah mengapa empat kelab terbesar liga inggeris iaitu Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Man UTD dipenuhi dengan bintang luar....akhirnya England tersungkur dek jaringan Christiano Ronaldo yang periuk nasinya dibiaya oleh Man UTD...malah mereka langsung gagal menembusi benteng pertahanan yang diketuai pemain Chelsea, Ricardo Cavalho...
p/s : Harap perancis dapat kalahkan portugal, jerman pula tewas kepada Itali....
8 comments:
nampaknya team yg disokong, semuanya bungkus...aku rasa lepas ni kita patut belajar menyokong team2 yg kita tak pernah sokong ...setiap kali world cup england, holland jadi favorite aku dan spt biasa mrk mmg selalu menghampakan. Begitu juga brasil yg ingat boleh disandarkan harapan, kali ni hancus.. cuma aku teka Jerman akan juara..(selalunya tekaan aku meleset..hehe).
Tiada kata dapat di ucapkan..kenapa masa England kalah mereka nangis macam nak rak..sebab mereka tunggu 40 tahun untuk menang piala dunia..padahal piala dunia kan 4 tahun sekali...
Piala Dunia tanpa England, Brasil, Argentina dan Holland ibarat makan loti kosong looo....boleh makan dan kenyang.. tapi kureeeeng laa..
Sokongan Mizi tu bagaikan dialah penaja utama pasukan-pasukan favouritenya tuh..:-) Walaupun begitu aku rasa ada satu fakta yang kita kekadang lupa, iaitu pemain-pemain pro ini cari makan dengan "bekerja" di kelab-kelab ternama. Di sanalah mereka membuat duit jutaan ringgit. Kalau mereka bermain bermati-matian di FWC dan kesudahannya mendapat cedera, maka gelaplah masadepan mereka. Jadi bagi mereka FWC tidak penting, yang penting mereka dapat terus bermain untuk kelab-kelab yang memberi mereka timbunan wang. Tidak hairan jika mereka bermain dengan baik dan bersungguh apabila bermain untuk kelab, jika tidak mereka akan disingkir...tak masyuk beb....
Tu le..aku pun maleh nak taja, main asyik kalah, ngabih boreh..hehe..
penat menyokong , sib baik tak nangis atas rak..
Salam. Blog hop dari indica.
Habis England, Brazil dan Germany kecundang, aku nak tengok 42gal juara pulak kali ini...!!!
well blackie....no goal for portugoal...anyway, team yang bagus..
Hoi takkan masih rebah kot...!
Post a Comment