Thursday, July 13, 2006

inkarnasi 2

mendapat ilham dari Indica yang membuat refreshment dengan menukar nick name beliau...maka aku pun nak "bersalin kulit" jugak...inkarnasi la konon. Kenapa nama Pak Yob? nama ni memang gelaran aku sejak kecik lagi..kaum sedara dan sahabat handai terdekat pun memanggil nama ni. Kisahnya? semuanya bermula bila adik aku lahir....jadi sebagai abang yang sulung aku bergelar "abang"...tapi pada masa yang sama, mak aku pun panggil ayah aku dengan panggilan "abang"...jadi dalam rumah tu selalu lah konfius...panggil aku, bapak aku menyahut..panggil bapak, aku pulak yang menyahut..jadi untuk mengelakkan dari etrus berlakunya kekeliruan dan kekacauan maka diorang panggil aku dengan nama "yob" sebagaimana tradisi orang Perak untuk anak lelaki sulung....bila kahwin, isteri aku lekat nama "yong"...sebab memang automatik..kalau laki Yob, maka bininya mesti yong. Tentang nama Yob ni, pernah satu ketika aku tak suka dipanggil Yob...time tu masa sekolah menengah...aku malu dengan nama Yob...aku tinggal di asrama, so telefon public tu memang memanjang sibuk, jadi mesti beratur time nak guna, jadi aku bila telefon kampung, seboleh-bolehnya mengelak dari menggunakan ganti nama "yob" tu..takut didengor dek orang belakang dan jadi bahan ejekkan. Yelah zaman sekolah menengah memang macam tu, "rebellious"....berjalan dengan orang tua pun sebolehnya nak dielakkan, takut digelar anak emak atau anak manja. Tapi bila melangkah ke IPT, perasaan itu lenyap..mungkin faktor kematangan..dan aku pun tak kisah dipanggil dengan "nama kampung" aku...Yob...bila dah berkahwin, ada pulak yang panggil aku Pak Yob....aku tak kisah...malah aku bangga, kerana gelaran itu adalah warisan dari korpus sejarah masyarakat melayu yang besar.

6 comments:

Anonymous said...

pak Yop..coba cerita sikit pasal project open archive ukm...kalau ada bahan baguih..pass sini boleh??

Harith Faruqi Sidek said...

projek open archive? mana dapat maklumat ni? kira cam open house jugak la...jemput kawan-kawan datang makan kat arkib ni..he.he..u mean repository ka? projek under PERPUN tu ke?

Anonymous said...

Alamak takde ngeh project open archive...rasa macam ada je dulu sebut..open archive tu macam repository juga la tapi dia digital/electronic..beza dia sesiapa yang ada bahan dia boleh upload sendiri dan semua orang boleh access..tapi biasanya control by password ...university yang selalu ada open archive ni..ada la dulu saya dengar puan Thu cerita pasal ni....anyway bila puan thu nak pencen?..kat sini ada sorang jiran dia..asal jumpa je mesti tanya pasal puan thu....

Harith Faruqi Sidek said...

ye latu...repository, under perpun..tapi takde "full text" just bibliografik je...buat masa ni UKM hanya "dermakan" data indeks jurnal UKM je dulu. sapa nama jiran dia tu? dia mungkin pencen akhir tahun ni la...sapa la gamaknya bakal bos baru aku ni...berdebor gak ni..

indica said...

aku buat open archive tak tau..buat blog boleh le sikit..

Harith Faruqi Sidek said...

aku buat bodo je...pak yob tak kisah..