Tuesday, July 25, 2006

Al Fatihah.........

jam 1.33 tadi aku dikejutkan dengan berita kematian dramatis, pengarah, pengacara dan anak seni, saudara Hani Mohsin Hanafi. beliau diberitakan menghembus nafas yang terakhir akibat serangan jantung sewaktu menunggu penerbangan untuk becuti bersama anaknya ke Pualau Lagenda Langkawi. salam takziah buat seisi keluarga allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman...amin.

Friday, July 21, 2006

Wira yang tak didendang.

Semalam FIFA telah menjatuhkan hukuman gantung perlawanan beserta denda keatas pemenang anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik kejohanan Piala Dunia 2006, Zinedine Yazid Zidane. Turut sama menjalani hukuman yang hampir sama ialah pemain yang dikasari oleh zidane dalam perlawanan akhir, Marco Materazzi. Keduanya didapati bersalah kerana mencemarkan perlawanan, insiden ini sebenarnya agak menarik, kesalahan zidane memang telah lazim dan nyata, tapi kesalahan provokasi seperti yang dilakukan oleh materazzi pernah ada dalam rekod buku hukum FIFA. Aku imbas kembali aksi liga perdana inggeris, pemain seperti Wayne Rooney, Robbie Savage, El-Hadji Diouf acapkali dilihat menghamburkan kata-kata kejian terutama kepada pengadil perlawanan, tapi tiada hukuman susulan yang selain dilayang kad kuning, tidak seperti materazzi. Bagaimana pula dengan nasib Diego Simeone yang menyebabkan David Beckham dibuang padang dalam dalam kejohanan sama tahun 1998? .Imej zidane yang menanduk dada materazzi dikatakan membawa kesan buruk kepada para penonton, dibimbangi aksi sebegitu akan menjadi ikutan, kerana Zidane sendiri adalah idola kepada ramai peminat bolasepak. Namun aksi akhir itu seolah memadamkan sumbangan dan jasa beliau dalam mewarnai arena bolasepak dunia....zidane dilihat sebagai wira bolasepak bagi masyarakat islam...wira bolasepak bagi gologan imigran...wira bolasepak bagi rakyat perancis..malah zidane disifatkan pemain yang punya bakat besar melebihi wira lampau seperti Pele dan Maradonna. Zidane yang telah mengumumkan persaraan dari sukan ini sebelum piala dunia dijangka akan tetap dengan keputusannya, aksi menariknya pasti dirindui...seperti mana dunia bolasepak kehilangan sentuhan Maradonna, Eric Cantona dan Karim Pin....he.he..

Thursday, July 20, 2006

Umpama Trajedi dalam Trajedi....

Semacam satu trajedi sedang melanda negara kita bila penyanyi "numero uno" Malaysia, Siti Nurhaliza mendedahkan akan "mendirikan masjid" dengan matair pilihan hatinya, Datuk Khalid Mohd Jiwa. Sedang negara jiran sedang berduka dan kelam kabut akibat serangan edisi kedua tsunami, rakyat kita pula semacam gundah dan heboh dengan berita Ct dan datuk K. Rata-rata rakan dan rakyat malaysia yang saya temui dan terdengar komen mereka, kebanyakkan mereka "katakan tidak" pada datuk K, sudah semacam kempen pula. Malah kantung mel-e aku saban hari ada sahaja titipan foto-foto perihal datuk K yang tidak pernah terdedah di akhbar...dari perihal anak-anaknya, rumahnya sehinggalah semasa zaman muda beliau ada di ruang siber yang luas dan tanpa batasan ini. Ada pepatah yang mengatakan "Artis adalah hak peminat"...sejauh mana aplikasi pepatah ini keatas kehidupan seorang artis dan sejauh mana hak peminat keatas diri artis tersebut. Adakah peminat berhak menentukan halatuju kehidupan peribadi artis? rasanya tidak, tetapi sebagai warga yang hidup dalam amalan demokrasi, lontaran idea dan pandangan boleh dilakukan, namun akhirnya tuan punya diri yang berhak sepenuhnya untuk membuat keputusan. Dalam soal pilihan ct, pastinya beliau telah memikirkan semasaknya dengan mengambil kira input-input dari kaum keluarga dan sahabat terapat. Aku pun hairan juga mengapa rata-rata peminat mahukan Fazley menjadi teman hidup ? apakah mereka berdua pernah ada hubungan istimewa? apakah ini yang dikatakan "cinta itu buta?"......sudah tersurat untung nasib jodoh pertemuan ct adalah datuk K...perihal kedua mereka ini seolah trajedi dalam trajedi bagi kebanyakkan peminat ....trajedi kerana siti memilih untuk berumahtangga dikala masih di puncak, dan trajedi juga bila pasangan pilihannya tidak seperti yang diharapkan..bagi yang kecewa tu, terutamanya blogger Indica...apa boleh buat...terimalah.."hatiku luka lagi"...bagi aku, Pak Yob tak kisah.....

Thursday, July 13, 2006

inkarnasi 2

mendapat ilham dari Indica yang membuat refreshment dengan menukar nick name beliau...maka aku pun nak "bersalin kulit" jugak...inkarnasi la konon. Kenapa nama Pak Yob? nama ni memang gelaran aku sejak kecik lagi..kaum sedara dan sahabat handai terdekat pun memanggil nama ni. Kisahnya? semuanya bermula bila adik aku lahir....jadi sebagai abang yang sulung aku bergelar "abang"...tapi pada masa yang sama, mak aku pun panggil ayah aku dengan panggilan "abang"...jadi dalam rumah tu selalu lah konfius...panggil aku, bapak aku menyahut..panggil bapak, aku pulak yang menyahut..jadi untuk mengelakkan dari etrus berlakunya kekeliruan dan kekacauan maka diorang panggil aku dengan nama "yob" sebagaimana tradisi orang Perak untuk anak lelaki sulung....bila kahwin, isteri aku lekat nama "yong"...sebab memang automatik..kalau laki Yob, maka bininya mesti yong. Tentang nama Yob ni, pernah satu ketika aku tak suka dipanggil Yob...time tu masa sekolah menengah...aku malu dengan nama Yob...aku tinggal di asrama, so telefon public tu memang memanjang sibuk, jadi mesti beratur time nak guna, jadi aku bila telefon kampung, seboleh-bolehnya mengelak dari menggunakan ganti nama "yob" tu..takut didengor dek orang belakang dan jadi bahan ejekkan. Yelah zaman sekolah menengah memang macam tu, "rebellious"....berjalan dengan orang tua pun sebolehnya nak dielakkan, takut digelar anak emak atau anak manja. Tapi bila melangkah ke IPT, perasaan itu lenyap..mungkin faktor kematangan..dan aku pun tak kisah dipanggil dengan "nama kampung" aku...Yob...bila dah berkahwin, ada pulak yang panggil aku Pak Yob....aku tak kisah...malah aku bangga, kerana gelaran itu adalah warisan dari korpus sejarah masyarakat melayu yang besar.

saja nak merepek 1

Dah lama tak memblog....kira tempoh berkabung England being thrown out from WC la....WC pun dah abis...tahniah untuk Italy, walaupun kemenangan mereka cam tak dramatik dan kurang menarik..sebab tu perlawanan akhir tu diletakkan sebagai kedua terburuk dan kurang menarik selepas perlawanan akhir France 98 (France vs Brazil)...Zidane vs Materazzi? insiden tu kira cam Mawi vs Ina jugak la....penuh misteri dan orang luar pulak yang memandai buat andaian. Bila WC dah berakhir...rasa rindu pulak saat2 bangun pagi tengok bola...skang rasa kosong...dah tak "berani" sangat nak tgk tv....kecuali time slot "Mentari Jingga", "Gitu-gitu Apek" ngan "AC Disini".....Akademi Fantasia? aku rasa cam dah anti climax la siri ni...dia punya impak tak sama dengan AF1, AF2, AF3...walaupun masa AF1 dulu, rasanya majoriti orang duduk lembah kelang aja yang ada Astro. Tak tahulah kalau aku sorang aja yang rasa macam ni....perasaan yang sama juga berlaku pada rancangan-rancangan realiti tv yang pernah aku "follow" suatu ketika dahulu...macam "Survivor", "The Apprentice" dan "Amazing Race" ....macam "The Contender", aku tak sabar siaran musim kedua tak lama lagi..."The Contender" memang benar-benar realiti...kena menang secara fizikal...atas keupayaan sendiri...walaupun kekadang juri pun cam berat sebelah jugak...ada aksi plus drama...tu yang pump the adrenalin tu. Kat CH9 ada Akademi Al-Quran....menarik..tapi aku tak pernah berkesempatan untuk tengok..pasal ASTRO tak masukkan Ch9 dalam sistem dia..(alasan.....). Minggu lepas sambil tunggu game WC aku sempat layan satu Filem lama, judul "Sayang Anakku Sayang"....melankolik filem ni...teraju utamanya Zulkifli Zain, Noor Azizah, Mak Enon...pelakon kanak-kanak si Aziz M. Osman (Aziz menang "Best Child Actor" untuk filem ni di 22nd Asian Film Festival tahun 1976)...aku ingat lagi kali pertama aku tengok filem ni masa budak-budak dulu....berderai airmata aku dibuatnya...tapi sekarang dah boleh kontrol. Filem sekarang ni dah kurang impaknya...balik2 ambik penyanyi jadi hero untuk lariskan filem, lepastu buat filem ringan...kononnya filem berat tak sesuai dengan masyarakat...mungkin ada benarnya, pasal yang penuhkan panggung tu bebudak remaja yang nak tengok Adam AF, Khai AF, Misha Omar, Apek....berapa sangat yang peduli dengan penampilan pelakon berkualiti macam Fauziah Nawi, Abu Bakar Omar, Khalid Salleh dan ramai lagi angkatan lama. Dulu pernah ada senario ambik penyanyi jadi pelakon, sekitar tahun 70an, macam Hail Amir, Latiff Ibrahim, Sharifah Aini, Dhahlan Zainuddin, Uji Rashid, Gaya Zakry, Broery dan ramai lagi....tapi lakonan mereka ini disokong dengan skrip dan naratif yang kuat...bimbingan pengarahan yang tiada kompromi..mungkin polisi era itu ialah kualiti dahulu, keuntungan kemudian..hasilnya penampilan lakonan mereka juga berkesan..seterusnya mereka dapat kuasai dua bidang seni itu serentak, nyanyian dan lakonan. Kalau tidak masakan filem mereka masih dikenang hingga kini......aku pastinya lebih menantikan tayangan semula filem lama seperti "Cinta dan Lagu", Sesejuk Air mata ibu", "Anak Sulung Tujuh Keturunan","Anita Dunia Ajaib", "Bintang Pujaan","KIsah Seorang Biduan", "Matinya seorang Patriot" dan banyak lagi dari menantikan filem "Sembilu", "Pemburu Bayang" atau "Anak Mami" sekalipun....tapi ini bagi diri aku la...orang lain mungkin berbeza.


p/s MTO eh...indica suka filem "Melati Putih" pasal ada Tantiana dan Rokiah Shafie...he..he..

Monday, July 03, 2006

England rebah jua....

Pasukan pilihan aku England akhirnya terkeluar dari persaingan ke Separuh Akhir Piala Dunia....kekalahan menerusi sepakan penalti itu mungkin bukan satu keputusan yang adil bagi para pemain dan peminat..tapi itu adalah keputusan pemutus seri yang terbaik bagi penganjur. Wajarkah England tersingkir? jika dinilai dari persembahan..England lebih banyak mencipta peluang menjaringkan gol...namun peluang2 yang datang gagal diterjemahkan dalam bentuk gol oleh rangkaian pemain bertaraf jutawan. Dalam ramai-ramai pemain England, ada dua watak yang nampak lebih mampan dari yang lain, David Beckham dan Owen Hargreave. Similariti keduanya adalah mereka bermain di liga luar dari england, Beckham di Real Madrid, sementara Hargreave di Bayern Munich. Selain mereka, pemain lain seakan hanya gah dan juara di Liga Perdana sahaja...paling menyedihkan ialah dua bintang tengah England, Frank Lampard dan Steven Gerrard..mereka bukan sahaja gagal menyinar, malahan turut gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing, sedangkan dalam aksi liga, deretan gol mudah sahaja mereka hasilkan......persoalannya, adakah mutu permainan liga inggeris sebenarnya tidak sehebat mana. Mungkin ada benarnya, maka tidak hairanlah mengapa empat kelab terbesar liga inggeris iaitu Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Man UTD dipenuhi dengan bintang luar....akhirnya England tersungkur dek jaringan Christiano Ronaldo yang periuk nasinya dibiaya oleh Man UTD...malah mereka langsung gagal menembusi benteng pertahanan yang diketuai pemain Chelsea, Ricardo Cavalho...


p/s : Harap perancis dapat kalahkan portugal, jerman pula tewas kepada Itali....