Sunday, January 19, 2014

Kompleks PKNS Shah Alam: Suatu masa dahulu bangunan terpanjang di Asia Tenggara.

Oleh: Harith Faruqi Sidek



Kompleks PKNS Shah Alam merupakan mercu tanda bandaraya Shah Alam meskipun kian ditenggelami dengan kemunculan prasarana baru dan moden sekitarnya. Namun bangunan ini pernah mencatatkan sejarah sebagai bangunan terpanjang di Asia Tenggara. Pada tahun 1988, Subang Parade yang terletak tidak jauh dari Shah Alam pula mencatat rekod sebagai pusat membeli belah terpanjang di Asia Tenggara.

Kompleks PKNS Shah Alam hari ini (Sumber: Utusan Malaysia, 28 Oktober 2012)


Bagi penduduk Shah Alam, kompleks PKNS ini ibarat 'Wisma Yakin' di Kuala Lumpur atau 'Pekan Rabu' di Alor Setar untuk mendapatkan kelengkapan untuk menyambut lebaran atau persediaan untuk hari perkahwinan. Bagi saya yang pernah menjadi warga 'Shah Alam' ketika menjadi pelajar di SAMT Tengku Ampuan Jemaah (1989-1991) dan ITM ( 1996-2000 dan bergraduat sebagai UiTM), kompleks ini meninggalkan banyak kenangan...jika berkunjung kesini ketika itu, premis yang wajib dikunjungi ialah toko buku 'Marwilis' dan 'Gedung Harian'.

Sumber:


New Straits Times, 3 Jun 1986.

Peniaga mahu kompleks PKNS dipertahankan (28 Oktober 2012), Utusan Malaysia.

2 comments:

nandre said...

Pakcik merasakan bila berkunjung ke PKNS, seolah-olah kita berada di zaman 1980an dan 1990an..

Nandre said...

Apa nama supermarket kechik yang sebelah kedai jagung cawan tu? La ni dah tutup jadi kedai orang jual baju.