Sunday, July 19, 2009

Terkenang semasa dulu.....

Malaysia tumpas tipis kepada Manchester United, bangga juga aku melihat keputusan muktamad ini. Lupakan soal prestasi pemain MU, aku lebih minat untuk ulas soal Amri Yahyah, gol pertamanya cukup cantik, gol kedua meskipun hadir atas kesilapan penjaga gol lawan, tetapi jika tidak dengan kepantasan dan kelincahan Amri, masakan gol itu mampu dizahirkan. Dua gol Amri menyamai pencapaian Matlan Marjan, penyerang lincah dari Sabah yang turut menyumbat dua gol ketika Malaysia tewas 4-2 kepada England pada tahun 1991, bezanya gol Matlan lebih bergaya kerana beliau menggelecek penjaga gol utama England pada waktu itu, Chris Woods. Selain kedua pemain ini, Mokhtar Dahari pastinya paling diingati dengan gol dari jarak jauhnya yang menewaskan Joe Corrigan dalam perlawanan tahun 1978.

Dunhill Invational Malaysia vs England 1991
Tarikh: 12 Jun 1991
Venue: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Att: 45,000
Pertandingan : Friendly(Persahabatan)
Malaysia
Matlan Marjan - 52,76
2-4

England
Gary Lineker - 1,23,39,70
Malaysia : Rashid Hassan (Khairul Azman Mohammed), Serbegeth Singh, Lee Kin Hong, Allahyarham Mohammed Zaid Jamil (Azizol Abu Haniffa), Arumugam Jayakanthan, Chow Siew Yai, Ahmad Yusof, Mohammed Nazri Nasir, Matlan Marjan, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh

England : Christopher Woods (Glasgow Rangers), Gary Charles (Nottingham Forest), Stuart Pearce (Nottingham Forest), David Batty (Leeds United), Desmond Walker (Nottingham Forest), Mark Wright (Derby County), David Platt (Aston Villa), Geoff Thomas (Crystal Palace), Nigel Clough (Nottingham Forest), Gary Lineker (Tottenham Hotspur) - Captain, John Salako (Crystal Palace).



Malaysia vs England B 1978

Tarikh: 30 Mei 1978
Venue: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Att: 45,000
Pertandingan : Friendly(Persahabatan)
Malaysia
Mokhtar Dahari
1-1

England
Alan Kennedy
Malaysia: Rashid Hassan, Jamal Nasir, Yahya Jusoh, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Shukor Salleh, Abdah Alif, Yip Chee Keong, Nasir Ibrahim, Mokhtar Dahari, Abdullah Ali [Subs Used: Yaahhub, Abdullah]
England B: Joe Corrigan (Manchester City) , Viv Anderson (Nottingham Forest),
Alan Kennedy (Newcastle United), Brian Talbot (Ipswich Town), Steve Sims (Leicester City), Glenn Roeder (Orient), David Needham (Nottingham Forest), John Hollins (Queen's Park Rangers), Gary Owen (Manchester City), Steve Daley (Wolverhampton Wanderers), Paul Mariner (Ipswich Town), John Richards (Wolverhampton Wanderers), David Geddis (Luton Town), Gordon Hill (Derby County)
COACH: Bobby Robson


Jersey pasukan malaysia sewaktu pertemuan dengan England pada tahun 1991.



Poster hebahan pertemuan Malaysia - England

3 comments:

Anonymous said...

Masa tu tengok.. national team England pemain dari Notingham Forest, Derby County..Leicester City pun ada. Tu semua club kami lalu lalang setiap minggu.. punyala dah tak glamor..tak teringin pun nak snap gambar masa tu...

Terkenang semasa dulu...

McBudu said...

1978, masih teringat super Mokh menjaringkan gol Malaysia menentang England. Betapa bangganya aku sebagai rakyat Malaysia takala itu!

Harith Faruqi Sidek said...

sarajiha : Kapten Malaysia, Norhafiz duduk selang satu pintu je ngan kami...sempat la dua tiga kali bagi salam...

McBudu: Walaupun supermokh hebat..Azizol Abu Haniffah tetap pemain pujaan aku...tapi sayanggg....tak gitu mizi.