Norhana....
Masih berlegar-legar untuk menawarkan pakej "membeli sambil menderma"
Petang semalam sewaktu leka mengisi petrol tetiba aku disapa oleh seorang gadis muda dengan salam tertib. Sebaik salamnya ku jawab, bicaranya diteruskan dengan menawarkan segulung calendar islam dengan harga RM10, lalu diterangkan juga bahawa angka itu termasuk sedekah buat sebuah panti anak-anak yatim.
Aku tidak berminat dengan calendar dan angka yang disebut gadis itu, lalu kocek keringku hanya memuntahkan sekeping not yang kurang dari jumlah itu seraya aku berkata “ Adik nama apa?, takpala dengan calendar tu, ni abang (rasanya Pakcik atau Uncle adalah Dhamir yang sepatutnya) bagi buat belanja saja.”, gadis tadi dengan wajah suram menjawab “Norhana…terima kasih bang..” lalu beredar dari pinggir susukku untuk menyapa pelanggan lain yang sedang mengisi petrol.
Memang aku tersentuh…simpati dan marah, jauh disudut hatiku aku tidak suka dengan apa yang berlaku tadi, perlukan anak-anak kecil ini berterusan dilepaskan di jalanan dengan merapati susuk asing sambil menawarkan bahan dagangan sambil menderma ? berapa umur mereka ini? Ingatkah kita pada Nurin Jazlin? Shalini? Tin Shong Sheng?.
Aku pernah mendapat maklumat bahawa mereka ini sebenarnya mahu dididik untuk seni berniaga, modul mana yang mereka pakai ini? Apa penjelasan Kementerian Kebajikan Masyarakat tentang hal ini?
Rasanya awal tahun ini Pusat-pusat zakat memaklumkan dana hasil kutipan zakat begitu membukit lalu ianya dibolehkan untuk disalurkan keluar wilayah sekalipun. Mengapa panti anak-anak yatim ini tidak berurusan sahaja di institusi-institusi zakat?
Suatu ketika dahulu mataku pernah berkaca, dadaku juga sebak dek menyaksikan telatah dua orang kanak-kanak lelaki penghuni muda sebuah panti yang terpaksa menjalankan antiviti yang sama, bezanya mereka yang berjaket unggu itu menawarkan Bam Serai .Sebaik sahaja ku hulurkan sumbangan, tanpa membeli “Bam Serai” yang ditawarkan, kedua mereka berlari kedalam kedai serbanika untuk membeli ais-krim dan minuman sejuk….fikiranku pada ketika itu terus terakam wajah ziyad (putera sulungku..) tidak sanggup kugambarkan andai dia pada usia sekitar 9 ke 12 tahun itu, tanpa berbapa dan beribu turun ke jalanan untuk “belajar berniaga” kononnya.
(selesai menulis perenggan ini Ziyad yang kebetulan sedang lena disisi, ku peluk…moga dengan izin Allah, dia tidak senasib sepertimana kedua kanak-kanak itu.)
Bilakah kita akan terus disaji dengan scenario ini? adakah aku yang sangat beremosi dan tidak rasional tentang perkara ini ? atau memang perlakuan ini dibenarkan dalam proses pendidikan ? Atau panti-panti asuhan anak-anak yatim ini sememangnya mendapat restu kementerian dan jabatan terbabit untuk meneruskan aktiviti ini?
Secara peribadi kalau “Ilmu Berniaga” sambil mengumpul dana yang mahu dijadikan justifikasi, rasanya ada kaedah lain yang lebih sesuai….aku bimbang anak-anak ini dieksploitasi. Apa salahnya pengasuh atau guru-gurunya sahaja yang dengan rasmi membuka booth atau jalinkan sebarang usahasama dibawah kementerian pendidikan atau jabatan kebajikan masyarakat bagi menjalankan sebarang aktiviti atau program lebih “sopan” dan “tertib” yang boleh menjana dana.
Pada aku sudahlah….hentikan…jangan dilepaskan anak-anak ini ke jalanan…setakat ini tidak pernah kudengar mana-mana panti asuhan yang merintih kekeringan dana…..gadis kecil seperti Norhana tidak patut dilepaskan merapati manusia asing yang tidak diketahui latar belakangnya…tidak kira kerajaan Satu Malaysia atau keraja Negara Berkebajikan…mereka harus melihat mengambil tindakan atas perkara ini….hentikan retorik “Kita akan melihat….” atau “Kita akan mengkaji….”
9 comments:
Aku juga selalu melakukan perkara yang engkau telah lakukan, malah di rumah aku (bukan untuk riak) telah terkumpul banyak kalendar dan balm serai yang tidak pernah digunakan.
Aku juga sependapat bahawa bukan itu caranya untuk membesarkan anak-anak supaya menjadi usahawan berjaya. Kalaupun mereka berjaya, apabila dewasa mereka akan menjadi peniaga yang menggunakan anak-anak kecil sebagai 'umpan' untuk mencari keuntungan peribadi mereka.
Aku bukan ragu akan rumah-rumah kebajikan yang sering diperdengarkan oleh mereka, tetapi hakikatnya ada orang lain di sebalik anak-anak yang masih bersih dan suci ini, mempergunakan mereka untuk mendapatkan dana bagi membiayai dan memberi keuntungan kepada kilang mengeluarkan kalendar dan balm serai ini di samping (mungkin) menyalur sedikit kepada rumah kebajikan.
Yang pasti mereka ini mempergunakan kanak-kanak mudah meraih simpati dan hati kita semua cepat tersentuh dan tidak teragak-agak untuk mengeluarkan duit dari poket kita.
mcbudu: mungkin perkara-perkara sebeginilah yang patut di"muzakarahkan" oleh mereka yang berkuasa.
Muzakarah orang politik berkisar cuma pada cara bagaimana hendak memperluaskan kuasa dan mempertahankan kuasa, waima golongan mana mereka berada. Bila kita bergaul dengan golongan politikus, kita akan dapati semua mereka adalah sama bermatlamat memperluas kuasa dan mempertahankan kuasa.
Perjuangan untuk rakyat adalah rhetorik yang tidak berkesudahan.
Begitulah nasib Rakyat Malaysia yang mengharapkan pembelaan ahli politik, tapi semua ahli politiknya bercakap dan bertindak mengikut nafsu dan selera politik sempit belaka.
Norhana tidak perlu berterusan sebegini....Ini merupakan gejala yg harus ditangani atau dibanteras dgn bijaksana yang segera.
Baru pagi tadi, aku didatangi anak gadis kecil menjual cd belajar bahasa dsbnya di waktu aku sedang jamu selera di kedai makan..sangat tidak menyelesakan !
Salam. pak yob. sunnguh tersentuh mauduk pak yob. fenomena ini bukan saja di pam minyak di bangi, bahkan di R&R onway balik soromban pun ado. tapi ese yg sodeh kadangkalo kul sepuloh malam masih ado ket topi surau tu..bila tanyo engko dari mana de. mai dari kedah p.cik.
Salam. pak yob. sunnguh tersentuh mauduk pak yob. fenomena ini bukan saja di pam minyak di bangi, bahkan di R&R onway balik soromban pun ado. tapi ese yg sodeh kadangkalo kul sepuloh malam masih ado ket topi surau tu..bila tanyo engko dari mana de. mai dari kedah p.cik. apa nak buet. marilah kita pikiaq bersama-sama. sbs
entri pak yob kali ni betul2 tersentuh....sejak ada afiq ni memang cepat benar tersentuh bila tgk or baca bab penganiayaan budak2 ni....
sama macam pak yob....bila tgk budak2 lelaki yg masih kecil di jalanan....selalu terbayangkan afiq sekiranya dia tidak bersama kami.....apa terjadi pada diri dia????....tak dapat aku bayangkan....
Alhamdulillah....ALLAH telah memberi kesempatan kepada kami untuk menjadi ibu & ayah kepada insan sepertinya...
Aza: insyaalah..semoga moga dilindungi rahmat ilahi.
Takpa... PM kita banyak hadiah... Baru-baru ni saja usahawan India dapat berjuta-juta... Nanti Norhana dapatlah satu kot...
Post a Comment