Monday, June 15, 2009

Budaya Peperiksaan : umpama meneladani lidah Socrates


Pujangga tersohor, Socrates (gambar) pernah mengungkapkan, " Kehidupan yang tidak diperiksa adalah kehidupan yang sia-sia, kita mesti sering bertanya tentang jalan kita untuk menuju kejayaan". Rakyat Malaysia memang tidak pernah kebah dari demam peperiksaan, bezanya besar atau kecil impak peperiksaan itu dalam menentukan hala hidup mereka.

Cuba kita renungkan kembali jejak-jejak kita mulai peperiksaan yang pertama, penilaian darjah enam atau versi terkininya UPSR, selepas itu kita tempuh berpuluh lagi peperiksaan rasmi dan yang tidak rasmi. Alam pekerjaan juga tidak memadamkan liku serta laluan berpeperiksaan, PTK yang berperingkat-peringkat ibarat hadangan dalam acara lari berhalangan (hurdle), cuma bezanya dalam acara hurdle, jika hadangan itu dilanggar dan jatuh, larian masih boleh diteruskan, tetapi dalam hal PTK, jika tersentuh sedikit pun maka larian itu perlu dilakukan semula sehiggalah halangan dapat diatasi dengan bersih dan cemerlang atau dalam kes PTK mendapat aras 4.

Aku manusia yang membenci dua perkara yang amat asas dalam kehidupan manusia yang mahu berjaya....aku benci peperiksaan...dan aku lebih benci proses mengisi borang yang pastinya perlu dilakukan untuk mendapat tempat bagi menduduki peperiksaan. Mungkin rasa benci kerana mengisi borang begitu mendalam lalu tiada satupun peperiksaan aku lepasi dengan cemerlang dan tidak kurang juga yang kandas dengan parameter terperosok, alasan sahaja tu, yang sebenarnya aku tak suka diduga...kerana aku juga tidak suka menduga.

Berbalik kepada hal peperiksaan, mungkin dalam alam kerjaya ini tak begitu sesuai kita diasak dengan prosedur peperiksaan yang memerlukan kita mencerna minda dan menjamah perkara-perkara yang adakalanya tak perlu pun kita tahu sedalamnya. Aku lebih selesa kalau peperiksaan ini dilakukan dalam bentuk yang menjamin pembentukan atau yang dapat meningkatkan bakat diri, umpamanya antara perkara yang menghiasi senarai tonggak 12 seperti;

1) Keseronokan bekerja
2) Nikmat mencipta
3) Peningkatan Bakat

3 tonggak ini kalau mahu diserapkan dalam budaya penilaian kakitangan pastinya akan menghasilkan mekanisma yang lebih menarik dari menelaah perkara yang diluar bidang serta memanaskan bangku peperiksaan yang stress dan cramp (jari jemari). Aku setuju kalau penilaian dibuat setelah pekerja dihantar berkursus yang berkaitan, lalu mereka diberi tugasan yang berkait rapat dengan kursus yang dihadiri, maka proses "hands-on" yang melibatkan semua panca indera akan berlaku, bukannya sekadar memerah otak menzahirkan idea atas kertas kosong sambil tangan yang lenguh-lenguh dek asyik menarikan pena, percaya atau tidak jarang sekali aku temui teman yang dapat mengingati dengan tepat jawapan mereka berikan atau apa yang mereka baca tidak sampai setahun peperiksaan itu berlalu.

Aku tidak menolak penilaian untuk kemajuan kerjaya kerana itu penting bagi mengisihkan permata untuk diletakkan dipersada yang lebih utama, tidak adil juga rasanya kalau ganjaran diberikan bersandarkan tempoh perkhidmatan semata-mata, bak kata Umar Abdul Aziz "Kebijaksanaan Manusia diukur dari akal dan lidahnya (tutur katanya), Ia tidak pernah dinilai dari umur". Maka selamatkanlah mereka yang telah berumur itu dari melalui proses peperiksaan ala sekolah...carilah dan kajilah mekanisma yang bertepatan dengan elemen "keseronokan bekerja", kerana kaedah yang sedia ada bagi aku tidak begitu menyeronokkan. wassalam

5 comments:

Anonymous said...

Kena isi borang yang satu tuuuu...sempat tak?

Saya pula suka peperiksaan.. rasa kecut perut dan stress tu kadang-kadang menyeronokan...saya rasa peperiksaan sebagai satu cara kita muhasabah diri. dan paling membahagiakan bila lulus cemerlang... Good luck...

indica said...

Dulu aku tak risau sangat kalau nak exam...sekarang aku gelabah semacam pulak. Yg aku frust, masa ngadap exam tu blank..bila dah keluar baru teringat semua jawapan tu..Pada aku dapat pTK aras 4 pun dah membahagiakan...

Harith Faruqi Sidek said...

Sarajiha: Exam ni jatuh seronok kalau dapat jawab, dah tua-tua ni tulis baru sehelai tangan dah lenguh.

Borang tu lagi satu hal...photostate yang tahun lepas boleh kot.

Indica: apa tak bahagianya yob...asal lulus aras 4, melintang...asal lulus aras 4, melintang.....sedor-sedor gaji dan sama dengan JUSA..
bak kata aji "power root"..."Saya pung nak jadi jutawan jugok.."

McBudu said...

Aku suka periksa, tapi aku juga tak suka isi borang. Borang apa pun, kalau boleh suruh isteri isikan.... sebab tu aku tak boleh kahwin dua, sbb malas nak isi borang, suruh isteri macam cari maut lah! he he

Harith Faruqi Sidek said...

mcbudu: aku pun suka suruh bini isikan borang....