Friday, October 05, 2007

Rasa Sayang siapa yang empunya?

Baru-baru ini heboh dengan isu perebutan hak keaslian lagu "Rasa Sayang", negara jiran bermati-matian atas dasar nasionalis kunun mendakwa lagu itu kepunyaan negara mereka, lantas menuduh Malaysia merampok khazanah budaya mereka. Isu ini malah disuarakan di Parlimen mereka persisnya seperti Parlimen Malaysia yang pernah ribut dengan isu Lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh Hattan. Tercetusnya isu ini apabila mereka menyedari Malaysia menggunakan lagu Rasa Sayang sebagai lagu tema kempen truly asia untuk sektor perlancongan negara, mereka berasa tidak senang dengan tindakan ini, apatah lagi bila dirasakan lagu itu hak ciptanya milik indonesia. Andai benar dakwaan itu, bukankah mereka sepatutnya berbangga kerana sebuah negara maju seperti Malaysia menggunakan lagu dari negara mereka untuk tujuan promosi. Bagi PakYob Malaysia lebih bijak menangani isu ini dengan melabelkan lagu itu sebagai karya nusantara, ada benarnya, lagu ini dinyanyikan sejak berpuluh tahun lamanya di Malaysia, Indonesia serta Singapura, tambahan pula sehingga kini tiada siapa tahun pencipta asal lagu ini.

Negara sebelah sana seolah sengaja mencari isu untuk menganyang Malaysia, dari satu bacaan PakYob di ruang siber, bukan sahaja lagu Rasa Sayang yang mereka tagih hak ciptanya malah banyak perkara remeh lain seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Teh Tarik, Rojak, laksa, Sambal Belacan dan Cendol. Bagi PakYob mereka patut sedar, rumpun melayu itu besar, proses migrasi berlaku dengan aktif sejak berpuluh tahun dahulu, ramai rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia dan Singapura, begitu juga sebaliknya. Memang tidak dinafikan hubungan antara kedua negara agak panas, malah rakyat jiran itu yang terkenal dengan emosinya sering mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda protes hingga Jalur Gemilang juga dibakar dengan sewenangnya. Kerajaan banyak bersabar dengan karenah mereka ini, golongan TKI yang melimpah ruah juga pening untuk ditangani, apatah lagi mahu melayan sarkis-sarkis diseberang.

Mungkin rakyat Malaysia juga ada salahnya, kita kekadang seolah terlalu mengagungkan mereka, contohnya kebanjiran artis seberang hingga menguasai pasaran tempatan. Sebaliknya artis malaysia yang "kesana" berapa kerat sangat, itu setelah melalui berbagai karenah seperti lagu asal perlu diubah keasliannya mengikut acuan disana. Jika hubungan ini adil, kita tak perlu membuat bising, tetapi ianya jelas berat sebelah, sehingga artis seberang ini sudah menjadi "Ikon Besar" terutama penyanyi berkumpulan. Mungkin kita perlu membataskan perhatian serta minat kita hanya pada unsur keilmuan, cukup sekadar mengkagumi serta menerima falsafah atau pemikiran insan seperti HAMKA, Pak Natsir atau Pramoedya Ananta Toer atau menghayati kerja seni Rendra, Cairil Anwar serta Amir Hamzah....rasanya kita tidak perlukan terlalu banyak Peter Pan, Padi, Dewa 19, Radja atau Kris Dayanti sekalipun kerana ketaksuban kepada mereka lebih membawa kebejatan dari kebaikan...namun ini hanya pandangan peribadi PakYob, kerana kita harus sedar diluar sana ramai orang-orang Malaysia yang sangat fanatik pada artis seberang ini, malah Pak Yob sendiri harus mengakui meminati lagu-lagu D'Lloyd, Mr. Indica sendiri cukup senang mendampingi tembang kenangan Broery Marantika serta harvey Malaiholo sebagai halwa telinga sehinggakan mampu menyampaikan lagu "Pamit" sebaik penyanyi asalnya, Budak Budu mungkin rapat dengan lagu-lagu Farid Harja atau titiek puspa? Sarajiha dengan Rano Karno dan Farouk Afero serta Roy martin mungkin? oni pula pastnya menggemari gelagat trio Dono, kasino, Indro itu sekadar telahan gurauan Pak Yob saja, jangan pula mahu diganyang Pak Yob nanti.

11 comments:

McBudu said...

Lo bapak kok belum habis marah sama bibik yang hilang tu..:D. Sabar pak...

Memang tidak dinafikan Indonesia dibina di atas asas emosi. Perjuangan kemerdekaan mereka menggunakan cara membakar emosi dan perasaan rakyat, mengangkat senjata menentang penjajah. Konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia juga tercetus akibat pembakaran emosi, sementara kita di Malaysia pendekatan berhemah dan bermesyuarah menjadi agenda utama.

Faktor sejarah ini mungkin mempengaruhi peradaban mereka di seberang sana.

Lagipun mereka mempunyai ramai politikus murahan yang ingin mempertingkatkan rating mereka. Salah satu cara paling mudah untuk dilihat hebat ialah dengan mencari isu membelasah negara jiran. Biarpun isu itu kelihatan bodoh, asalkan dia dilihat jaguh oleh mereka yang sepemikiran dengannya.

Di Malaysia juga banyak politikus murahan seperti ini. Cuba lihat di sekeliling kita.

Bab penyanyi dan pelakun memang semasa kecil McBudu meminati ramai penyanyi dari seberang seperti, Bob Tutipoli, D'lloyd, The Mercys, Favourite Groups, Ebiet, Broery, Ernie Djohan, Alfian dll. Aktor pula aku senang sekali dengan Rano Karno, Yessy Gusman dan YEAHHHHH Lydya Kondou! (Tanya Indica kalau tak percaya)

Anonymous said...

Mungkin saya patut menulis satu entri mengenai pengalaman saya di negara jiran tersebut... banyak kekeliruan dan persepsi yang berbeda dari rakyat disana mengenai Malaysia.. bagi si miskin Malaysia ialah syurga dan bagi si kaya Malaysia adalah bahan ejekan berterusan...

Tak terbayang saya jika ada negara yang memohon royalti bagi lagu-lagu yang sudah universal seperti lagu Happy birthday to you misalnya...atau Italy yang minta royalti kerana kita menjual Pizza Pah...

indica said...

Susah mau di pikirin...kalu pasal lagu pun mau saman, mintak royalti etc. tapi tak ketahuan sapa pembikinnya...itu mcm jus alpukat pun kena byr royalti.

mcbudu, masa lo nggak tau, Bibik nggak mau balik karna nggak mau kasus perselingkuhan suaminya berulang..

Harith Faruqi Sidek said...

mcbudu : Meriam Bellina dengan Suzana Ratu Rimba tak minat ke?

Sarajiha : Ya, pengalaman itu patut dikongsi, kami menunggu entri berkenaan.

Indica : Bibik sudah pamit....Ijinkan aku pergi....

Anonymous said...

rasa sayange tu usulnya maluku, maluku mana yak? asli dah enet banget ama maling..sia. ga punya muka, ga kreatif, ga tau malu! amit amit deh

Harith Faruqi Sidek said...
This comment has been removed by the author.
Harith Faruqi Sidek said...

anonymaous: malaysia tidak pernah dakwa lagu Rasa Sayang itu hak malaysia, kalau siapa rasa lagu itu hak mereka, ambil saja...tidak ada untung atau rugi bagi Malaysia...

Maling..sia? kalau si maling2 itu dihantar pulang...maka akan kembali jadi Malaysia yang aman.

McBudu said...

Lo kot ada juga yang tersesat ke sini. Bener itru Pak Yob, maling itu datangnya dari seberang...

indica said...

Nggak mungkin suami bibik yg ada kasus perselingkuhan tu sudah datang ganyang....
kasi aja la itu lagu, kalu bisa bikin diorang kenyang...jgn ribut2..hehe

Harith Faruqi Sidek said...

Lagu Rasa Sayang itu mungkin bukan milik kita, tapi tiada sesiapa yang boleh nafikan rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai "rasa sayang" yang tinggi buat saudara serantau, buktinya jika ada negara tetangganya yang ditimpa musibah pasti akan ada titipan bantuan buat mereka, walaupun jirannya itu selalu saja punya rasa tidak senang dengan Malaysia....fikir-fikirkan lah.

Anonymous said...

ikut coment....:
pulau sipadan dah di curi....
ambalat pun di klaim...
kalo malay tuh bukan maling truss apa pa ?
garong???
rampok????
malaysia ===> maling asia