Monday, October 01, 2007

Diari Hujung Minggu.

Sabtu Pak Yob sekeluarga ke KLCC, berbelanja untuk lebaran kononnya, penat juga berlegar kat KLCC dalam bulan puasa ni, apatah lagi kalau sekadar "window shopping". Baju Yad, Ira, Yaya, Arah semua dah selesai, baju Pak Yob dah dibelikan oleh MakYong lebih awal lagi....baju Mak Yong? nanti Pak Yob hulur duitnya sajalah, citarasa orang perempuan ni susah sikit...lebih senang meneka jantina budak dalam perut dari meneka citarasa mereka. Raya ni kurang sikit belanjawannya, maklum saja, kakitangan awam macam kami ini "ditiadakan" bonus tahunan, maka sekadar apa yang ada sajalah, kebetulan kereta pun dah sampai waktu untuk diservis, maka makin susutlah kantung duit PakYob, tapi mujur juga ada ganjaran Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, maka tertampung jugak belanja raya kami.

Ira tengah memikir fesyen raya dia tahun ni..maklumlah, raya pertama
baginya di dunia.


Ira tengah buka puasa......

Yad tengah tak sedarkan diri bila dapat susu....

Pak Syeikh celup...yang tiga orang tu dah ok, cuma yang ujung tu alamak, macam lari dari semayang terawih je...ni mesti dia cakap kat mak dia nak pi terawih, rupanya main muzik kat KLCC.

4 comments:

McBudu said...

Pak Yob nak tanya, Ramadhan ni berapa ekor ikan keli kena korban so far...

ke dah jemu..?

Harith Faruqi Sidek said...

so far ada la 4 ekor...Pak Yob suka ikan keli masak cili..tapi paham2 le bulan posa ni tak boleh sangat makan cili...nanti asyik ke bank aje..

Anonymous said...

Betul ke Pak Yop pandai meneka jantina baby dalam kandungan.. mai sini sat tunjukkan kehebatan hang tu....!!!!

Harith Faruqi Sidek said...

apa tak handalnya...teka laki dapat laki..teka perempuan dapat perempuan...tapi tok guru PakYob pesan...boleh teka dua kali aja..kali ketiga dah tak jadi dah..he..he..