Hujung minggu aku habiskan di Port Dickson...kebetulan bini aku ada bengkel apa ntah di Hotel Sri Malaysia. Hotel yang memang terkenal dengan "kejutan" ni memang menepati ramalan aku, bukan kejutan dari segi perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi kos penginapan dan kos-kos tambahan lain yang sungguh tidak berbaloi. Aku malas nak ulas lebih lanjut, tapi sekadar berkongsi pengamatan dan pengalaman baru aku ni. Malam pertama di sana kami makan malam di sebuah restoran seafood, sekali lagi timbul rasa ketidakpuasan dihatiku bila kami terpaksa menunggu kebih 30 minit untuk makanan dihidangkan, sedangkan pengunjung tidaklah ramai. Lebih menyakitkan hati lagi bila sebuah troli yang digunakan untuk "menghumban" pinggan mangkuk kotor diletakkan berdekatan dengan meja kami, troli itu pula "dihiasi" dengan lalat-lalat hijau yang sebesar "Cakcibor". Keenakan makanan tidaklah sehebat mana, tapi yang menariknya seekor sotong bakar berkos RM3! aku tak pasti harganya disini.....tetapi aku rasa macam makan dalam rancangan "fear factor" bila sotong bakar kami itu dihurungi dek lalat-lalat hijau tadi. Bila teringatkan nasib penjual nasi dagang dan ikan tongkolnya, aku dapati "inflasi" dari makanan yang dijual oleh penggerai ni kadang-kadang lebih dasyat dan kejam dari inflasi barangan perindustrian. Harga setin minuman ringan yang dijual disebuah gerai kotor yang dipenuhi lalat ditepi pantai harganya lebih mahal dari minuman sama yang dijual di kedai runcit di ibukota. Tapi manalah ku tahu kalau-kalau lebihan sekupang dua kupang yang kubayar tu membantu dalam menambahkan pendapatan negara dari sektor ecotourism.
Ziyad yang gembira...
perjalanan ke PD mengambil masa 3 jam ekoran hujan yang luar biasa lebatnya.
"Senja di Port Dickson" dari jendela Sri Malaysia
4 comments:
Rasa ada lagu/filem tajuk "semalam di malaysia"..ko punya ni versi sri malaysia..
Aku belum lagi merasa kemenarikan hotel ni sbb tak berkesempatan menginap di situ. Teruja jugak bila ko sebut lalat sebesor cakcibor tu..
Bab makanan lambat sampai ni ada di mana-mana lebih-lebih lagi bagi kita yang sudah biasa dengan makanan segera. Aku pergi sebelah Menara Condong di Teluk Intan pun sama (Sori Brother!), aku pegi kat Sebelah Stadium kat Kuantan pun sama, Kat Kota Baharu pun sama, Kat menara Alor Star pun sama, kat Batu Pahat pun sama... akhirnya aku buat conclusion yang aku punya expectation ni terlalu tinggi, sebab dah selalu sangat pekena Fast Food!
mungkin kerajaan perlu memperuntukkan sebahagian dari 4.4 billion tu untuk R&D camna nak masak cepat...he..he..
Wah dah ada lagu kebangsaan nampak..ni lagu wajib kalau belajar main gitar ni...
Post a Comment