"Nadwah Ulama Nusantara III" begitulah acara yang aku sertai hujung minggu lalu. Bertempat di Kompleks Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) acara yang menghimpunkan ramai ahli akademik dan cerdik pandai agama berlangsung dari 15 hingga 17 April...aku selaku urusetia pameran hadir mulai tanggal 14 april. empat hari tiga malam aku tinggalkan keluarga, memang panjang rasanya detik itu. Acara perasmian memang meriah dengan kehadiran ramai VIP tempatan sebagai tanda sokongan kepada hadirnya Perdana Menteri, Pak Lah selaku perasmi acara. Turut sama menyertai beliau ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Institusi Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohammad, selain beberapa orang MP dan ADUN sekitar Pulau Pinang dan Perlis antaranya YB Azihani Ali (Perlis) dan YB Shahbudin Yahya (Penang). Fokus utama acara ini adalah pelancaran buku mengenai sumbangan "Tok Wan" Pak Lah, iaitu Syeikh Abdullah Fahim. Dalam kelancaran acara itu berlangsung, ada satu insiden yang mencuit hati aku, betapa manusia bergelar "ahli korporat" ini sanggup melakukan apa saja demi memenangi kontrak, tender atau peluang pekerjaan, asal ada tandatangan Perdana Menteri maka itu sudah cukup sebagai tanda kebal usul niaga mereka harus diterima. Insiden sekumpulan tiga orang wanita bertandang ke meja santapan Perdana Menteri lalu "menghidangkan" tiga buah semacam proposal dengan penerangan, aku dapat lihat perubahan air muka Pak Lah, namun kumpulan itu beliau layan dengan senyuman dan sedikit penerangan, apa yang terjadi seterusnya amat menarik, Pak Lah beredar dari meja santapan sambil diiringi oleh VIP tanpa menghiraukan proposal tadi, maka ianya terpaksa dikutip oleh seorang "VIP" yang merupakan pembuka jalan kepada kumpulan wanita tadi. Sejarah proposal tadi ku jejaki, ternyata ia kekal dikelek oleh VIP tadi, mungkin jika ada rezeki proposal itu akan bertemu dengan Pak Lah semula di lain waktu dan ketika. Perbuatan kumpulan wanita tadi mendapat reaksi kurang senang dari hadirin yang ada, seorang peserta dibelakangku tanpa berselindung memberi komen..."apa la depa ni, tak hormat majlis langsung, ni bukan tempat dia (untuk serah proposal)...kesian Pak Lah.." walhal teman kumpulan wanita tadi ada berdiri betul disebelah peserta ini.
1 comment:
elok le ..lepas ko kat utara tu, aku pulak kena jaga tokpa..sampai nak maghrib baru habih event tu..
p/s: lama sungguh tak memblog ye..
Post a Comment