Wednesday, March 12, 2014

Sejarah Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.

Oleh: Harith Faruqi Sidek



Projek pembinaan Taman Tasik Cempaka yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi bermula sekitar tahun 1999 dan berakhir sekitar bulan julai tahun 2000. Projek oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini dibangunkan diatas tanah seluas 16.8 hektar, dengan 6 hektar daripadanya diperuntukkan untuk pembinaan tasik buatan, sementara selebihnya diperuntukkan sebagai taman awam.

Kos bagi menghasilkan sebuah tasik yang dibina ditebing Sungai Hitam menelan belanja sekitar RM6 juta. Sementara Jabatan Lanskap Negara bertanggungjawab menghasilkan lanskap menarik bagi taman awam ini dengan kos RM3 Juta. Tanaman yang menghiasi kawasan rekreasi ini terdiri daripada tumbuhan tempatan, termasuklah Bunga Cempaka yang menginspirasi namanya. Selain kemudahan rekreasi seperti taman permainan dan peralatan senaman, taman ini juga mempunyai sebuah Perpustakaan bagi rekreasi minda.Taman Tasik ini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Kajang.


Rujukan:

Lake garden attraction at Bangi's commercial centre (6 mei 2000). New Straits Times.

L.H Lim (9 Jun 1999). Boost to 'garden city' reputation for Bangi. New Straits Times.

L.H Lim (12 mac 2001). Bandar Baru Bangi's parkland draw. New Straits Times.


Patvinder Singh (6 Februari 2000). Public park for Bandar Baru Bangi. New Sunday Times.

1 comment:

Unknown said...

halo... nama saya low kar yong dari Majlis Perbandaran Kajang.... boleh saya dapat full statement bagi link link news yang terdapat dalam blog ini bagi tujuan kajian MPKj.. boleh call saya 0126761920... kerjasama dan perhatian dalam perkara ini didahului dengan ribuan terima kasih