Tuesday, October 02, 2012

Tan Soo Hai : Arkitek Landskap berkelayakan yang pertama di Malaya.

Oleh : Harith Faruqi Sidek


Tan Soo Hai 

Tan Soo Hai yang berasal dari Pulau Pinang merupakan Arkitek Landskap berkelayakan yang pertama di Malaya. Beliau memperolehi kelayakan tersebut setelah menamatkan pengajian di peringkat Diploma rekabentuk landskap ( Diploma in Landscape Design) dari University of Durham, United Kingdom dalam tahun 1959. Tan Soo Hai sebelum itu telah pun memiliki ijazah sarjana muda dengan kepujian dari University Malaya dan Sarjana M.C.D (Masters of Civic Design) dari University of Liverpool. Pada asalnya beliau dianugerahkan biasiswa persekutuan selama dua tahun untuk pengajian M.C.D di University of Liverpool, namun selepas lulus pada tahun 1958, beliau telah memohon lanjutan selama setahun bagi mengikuti program diploma rekabentuk landskap di Universitu of Durham, pada ketika itu beliau baru berusia 25 tahun.

Rujukan:

Two graduates due back soon with diplomas— and as man and wife. (5 July 1959). The Straits Times.

No comments: