Tuesday, June 22, 2010

Selamat tinggal Penjara Pudu......



Penjara tertua di Malaysia, Penjara Pudu nampaknya sah akan "dilenyapkan"....bangunan bersejarah yang menyimpan seribu macam kenangan dalam lipatan sejarah negara akhirnya tumpas dek desakan modenisasi. Bangunan yang didirikan dalam usia 1891 akan dirobohkan atas nama pembangunan oleh UDA. Beberapa tahun lalu Pak Yob menghadiri majlis perasmian Akta Warisan yang dirasmikan oleh menteri "warisan" pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais yatim, sehubungan dengan itu, ditubuhkan juga jabatan Warisan. Dalam majlis gilang gemilang itu para hadirin berpeluang berdialog, maka ramai juga ahli sejarah yang mewakili persatuan sejarah seluruh negara mengambil bahagian...seperkara yang menarik perhatian pak yob ialah akta ini bukan sahaja membolehkan bangunan diwartakan dibawah akta warisan, malah sumber bernyawa seperti manusia juga layak...atas definasi tangible dan untangible. Maka mana-mana sumber yang diwartakan dibawah akta ini tidak boleh diubahsuai apatah lagi dirobohkan..hatta oleh pemilik premis itu sendiri, begitulah seolah-oleh kebalnya akta ini.

Soalnya adakah jabatan warisan negara tidak mewartakan penjara pudu dibawah akta warisan yang membolehkannya dipelihara? jika dirujuk pada laman web jabatan warisan negara...memang benar penjara pudu tidak tersenarai dikalangan 16 bangunan yang diwartakan. Mungkin penjara pudu tidak layak sebagai tapak warisan kebangsaan, tetapi sebagai penjara tertua ianya wajar dipelihara kerana peranannya dalam korpus sejarah unit keselamatan negara. Pak yob sewaktu kecil memang jarang ke kuala lumpur, tetapi jika arwah datuk datang menziarah, beliau akan bawa pak yob bersiar-siar di kuala lumpur dengan menaiki bas, dalam perjalanan itu masih kekal dalam ingatan pak yob...tatkala melintasi bangunan penjara pudu, pasti akan ada susuk tubuh manusia sedang melukis mural didinding bangunan berkenaan.

Beberapa tahun lalu, apabila penjara pudu dibuka untuk pelawat, terdetik juga mahu pergi melawat, tetapi apa kan daya kesempitan waktu dan komitmen pada keluarga tidak mengizinkan hasrat pak yob. Ralat sungguh rasanya. Berkenaan komen pak menteri yang mengatakan penjara pudu bukanlah sesuatu untuk dibanggakan...pak yob tak rasa bangga pun dengan bangunan-bangunan putrajaya yang carca marba identitinya....tetapi jika bangunan-bangunan di putrajaya itu sudah mencapai usia ratusan kelak..rasanya pak yob pasti sokong kerja-kerja konservasinya.....atau perlukah kita berbangga dengan kota A Famosa yang menjadi lambang penjajahan dan keruntuhan kerajaan emas melaka? pak yob mungkin sedikit emosi...tapi itu pasti sudah dijangka dari insan berjiwa "arkib" seperti pak yob.






1 comment:

Yadzid7007 said...

As salaam
Saya pernah jadik penghuni sementara (dihukum reman selama 1 bulan) di sini semasa zaman Mail Kerbau.