Tuesday, September 29, 2009

Kini Kembali......salam dari liverpool.


Ziyad di hadapan kediaman kami di Philharmonic Court, Liverpool


Zaheera dengan Kuda wakaf....tak tau sapa punya..

Lama betul tak memblog, penuh bersawang nampaknya blog aku ni...bukan apa, bila dah mengadap FB tu, maka semangat blog pun lenyap sekejap. Sekarang di Liverpool jam 10.25 malam, baru lepas mengadap satu artikel....dah menguap.

belek-belek net, maka terlintas pulak nak update blog ni, hari ni hari pertama aku masuk kelas secara rasmi, semua masih diperingkat pengenalan...tapi satu masalah besar aku, bila time group discussion, payah betul nak faham apa yang teman sekelas tuturkan, sebabnya, mereka ada pelbagai loghat, pastinya yg paling sukar adalah scouser....tapi aku cuba adapt sehabis baik.

..ok, jumpa lagi dalam entri akan datang.

salam dari Liverpool.

5 comments:

McBudu said...

Wow! rumah dekat Philharmonic Court, mesti tiap hari dengan music! Tak lah tensen sangat. Dari segi slang tu kejap je ko boleh faham, bayangkan ko speaking dengan orang Kelantan.....

Selamat hari raya di perantauan!

indica said...

Ye la...kan senang nak dpt music Philharmonic tu...
Orientasi dah selesai ke?

Harith Faruqi Sidek said...

Mcbudu: bunyi tapak kaki orang berjalan adala...rumah lantai kayu..orang unit atas berjalan boleh dengar.

indica: dah start kelas dah...kat msia first kelas dok relax2 lagi...kat sini tak first kelas dah disumbat dengan macam2 assingment

Anonymous said...

Kan...kat sana mana ada orintation bagai..bagi peta sekeping.. maklumat jadual..lepas tu assigment first..sebab dia orang tengok kita punya skill dulu... tapi Pak yob belum apa-apa dah "pass with flying colours"

Hang dah pergi St Helen belum??..Albert Dock mesti dah sampai..

Anonymous said...

suka aku tengok kuda plastik tu... dulu masa kecik2 aku ada satu tu... warna biru...