Tuesday, February 03, 2009

Salam dari Kota Sydney I

-Pakyob berseorangan sampai di sydney lbh kurang jam 9.15 malam (7.15 petang waktu malaysia0, samapi di airport kantoi pulak dengan kastam, 2 in one chocholate kena rampas....dari airport naik teksi ke hotel...kosnya AUD 48 ( dekat seratus ringgit jugak duit malaysia).

- Malam pertama sampai di sydney ada parade sempena tahun baru cina, jadi ramai la warga pendatang cina yang berselerakan di kota sydney...kebetulan pemandu teksi yang bawak pakyob pun berketurunan cina..jadi dah macam kat Hong Kong la pulak. Malam tu duduk diam kat bilik hotel saja la...Hotel Holiday Inn Darling Harbour, adala tangkap gambar beberapa keping.

- semalam bermula bengkel yang pakyob hadiri, semua mat salleh...maka lenguh rahang jugak nak ber mingle around dengan diorang ni....gila ape...seminggu Pak Yob kena cakap omputih...dah la berkelana sorang-sorang kat sini.

-Petang tu lepas bengkel Pak Yob round sorang2 kat Darling harbour dengan ChinaTown...sydney macam KL jugak...banyak imigrant...dan diorang bebas berbahasa ibunda masing2...masih kedenganran yang cina cakap cina, yang india cakap india, yang arab cakap arab...Pak Yob sorang je cakap sorang-sorang...

- Makan malam di sebuah gerai masakan padang...AUD8 untuk nasik dengan telur campur ikan bilis dan udang...tengahari tu lantak vegetrian sandwich saja....petang ni nak try carik restoren mamak pulak.

- malam tadi stay in kat hotel saja...overall, ok la Sydney ni...boleh layan jalan sorang-sorang....

- jumpa lagi dalam entri akan datang....salam dari kota Sydney.

5 comments:

As@Aza said...

Pak Yob...mahaaallnyaa taxi dr airport ke hotel??? sampai AUD48.00??? hang ambik limousin kaaa??? hehehe...

senang tak jumpa Darling Harbour tu??? bolehlah lepak sorang2 kat situ layan tgk orang kaann???...meriah situ :)

bawak laptop sendiri keerr yg boleh layan blog ni??? ;)...byk pulak soalan aku...hehehehe

Anonymous said...

Okey la tuu.. kira latihan untuk Sept. nanti.. cek dulu kalau ada kelas sehari suntuk balik rumah mesti rasa pening sebab satu hari kena cakap english...

Anonymous said...

Gudday mike! Belajar slang Sydney tu susah nak jumpa kat tempat lain. Tak berkunjung ke King Cross ke...

indica said...

Hari tu ada dengar ko nak ke sydney ..alih2 dah sampai sana. Lepas bengkel ko mesti ronda-ronda kan? Best jalan sorang-sorang nih..

Pasal makan aku rasa ko takde masalah..stock roti dan meggi banyak kan??

Upload le gambar-gambar..

Harith Faruqi Sidek said...

Aza: ntah la..rasanya amik teksi biasa je...tapi sebab banyak jalan tutup masa tu..chinese neew year parade..pasal tu kena pusing jauh...tak pun aku yang kena pusing dengan driver tu.

Sarajiha: mahu tak pening...

McBudu: dioarang ni banyak slang la...pening..pening...perkataan "correct" saja aku dah dengar banyak versi...anyway..diorang pun bukannya faham slang aku...english ala latino sikit..he..he..

Mizi: balik kang aku load la gambor..gambor tu...