Thursday, January 01, 2009

Selamat Tahun Baru 2009...


Selamat Menyambut Tahun Baru

Melangkah sudah kita ke tahun 2009, macam biasalah, bila masuk tahun baru, dimana-mana akan kedengaran tentang "Azam" tahun baru. Pak Yob mugkin antara segelintir orang yang tak pernah ada azam tahun baru agaknya, ...buat yang telah pasang azam tahun baru, pak yob ucapkan tahniah semoga azam tersebut berjaya dipenuhi, azam yang lepas macam mana? kalau tak penuhi kena qadha la weyyy...jangan galak nak pasang azam baru pulak.


carta entri blog 2005-2008

Tapi kalau dilihat dari prestasi "blogging" mungkin tahun 2009 diharapkan Pak Yob dapat lebih aktif memandangkan prestasi tahun ini agak "hambar" dengan hanya 35 entri sahaja...berbanding tahun sebelumnya, 2005 (67 entri), 2006 (62), 2007 (38)...tahun lepas lama sangat "cuti sabatikal"....semoga prestasi tidak terus "merudum". Semoga teman-teman blogger lain akan mengalami proses merekayasa supaya 2009 menjadi lebih aktif,






8 comments:

indica said...

Selamat Tahun Baru....

Apa kata 2009 ni ko buat satu entri satu hari. Aku rasa ko boleh.. Aku pun rasa nak buat camtu..tapi tak berani nak berazam(biasa le kan.. angat-angat ta*k ayam..hehe)

payarumput21 said...

Salam Pak Yob..

Entry ni kena ikut mood gak.. (cakap pasal diri sendiri buka orang lain nih).. kot main tulih jer.. sendiri baca pun pening.. :-)

Apa2 pun.. selamat tahun baru buat Pak Yob and family..

Syaraz Gallery said...
This comment has been removed by the author.
Harith Faruqi Sidek said...

indica: terima kasih kerana mencipta satu azam untuk aku....dah la tak pasal-pasal aku kena penuhi azam ciptaan ko tu...yakin boleh!!!


Payarumput: betul tu...pasal otak jam la yang "cuti sabatikal" lama sangat tu..selamat tahun baru buat payarumput sekeluarga

As@Aza said...

Selamat Tahun Baru buat Pak Yob sekeluarga....nampaknya blog Pak Yob akan lebih meriahlah di tahun baru ni...tambah2 pulak nak ke seberang laut....lepas ni penuh entri kat seberang laut pulak lah yeerrr ;)

Harith Faruqi Sidek said...

umie afiq: selamat tahun baru buat umie, abah dan afiq.

McBudu said...

Selamat bertahun baru. Entah, aku rasa tahun 2009 ni macam suram je... aku tak ada apa-apa azam....dah tahu susah nak tunai...

Harith Faruqi Sidek said...

mcbudu: 2009 memang suram...asyik hujan je ni..mana tak suram.