Monday, November 10, 2008

Siapa yang takut?


Antara isi berita minggu lalu yang menarik perhatian Pakyob ialah isu tayangan video “Sajak Kematian” yang ditayangkan kepada murid-murid sekolah rendah. Hasil maklum balas dari ibubapa melihatkan ada selisih pendapat mengenainya, ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju dan ada juga yang mahu melihat dari pelbagai factor lain sebelum menjatuhkan pandangan akhir.

Pak Yob tercuit dengan alasan dari kalangan yang tidak bersetuju, mereka menyalahkan pelbagai factor seperti usia muda yang mungkin menerima tayangan itu dari perspektif yang salah serta kebimbangan bahawa ianya akan memberi kesan psikologi yang negatif kepada anak-anak. Peristiwa ini mengingatkan Pak Yob suatu ketika dahulu dimana “sajak kematian” serta seabrang aktiviti pementasan / pentomin yang berkait denganya pernah berada ditengah polemik yang hampir sama, lagu "selimut putih" turut menerima nasib yang sama.

Memang bila mendengar sahaja lagu “sajak kematian” pasti sedikit sebanyak akan lahir rasa insaf dan takut kepada kematian, tidakkah mengingati kematian itu satu tuntutan. Salahkah anak-anak diingatkan tentang azab kubur serta azab yang akan mereka alami seandainya memilih jalan hidup yang cuai dari ajaran islam. Bukankah jika mahu melentur buluh biar dari rebungnya?

Pak Yob sebenarnya hairan juga, sekarang ini di kaca tv dna layer perak bersepah cerita-cerita fiksyen tentang gangguan makhluk halus, berduyun-duyun ibubapa serta anak-anak mereka memenuhi perut panggung. Tiada siapa mempersoalkan tentang psikologi kanak-kanak, tiada siapa menghubungi media massa untuk melahirkan rasa tidak puas hati. Apakah cerita hantu itu perkara yang hakiki sementara azab kubur serta kematian itu bukan satu kepastian?

Malam tadi siaran berita menayang betapa seorang timbalan menteri “yang berkaitan” menentang idea tayangan video tersebut, alasannya bimbang murid-murid takut pada perkara yang lain, lalu mesej utamanya tidak terkesan. Lalu apa pula mesej filem-filem seram yang berlambak-lambak itu? Apa guna guru-guru yang membimbing sesi tayangan video tersebut? adakah mereka langsung tidak membuat penerangan tenatang pengisian video tersebut kepada murid-murid berkenaan?, Mungkin golongan guru patut respon pada perkara ini.

Adakah tazkirah mengenai mengingati kematian serta azab kubur hanya terhad di masjid-masjid, itupun sekadar lisan sahaja, tidak boleh digambarkan dalam bentuk seakannya?. Hairan juga Pak Yob dengan karenah "orang melayu" ni, adakah ini kesan betapa islam itu tidak "syumul" di bumi malaysia? islam hanya terhad kepada sembahyang lima waktu dan puasa dibulan ramadhan sahaja? atau lebih parah lagi terhad kepada sembahyang jumaat sekali seminggu, campur sembahyang raya dua kali setahun?.


Pak Yob pun bukanlah warak, lantas atas kekurangan itu sumbangan dari sistem pendidikan negara amat diperlukan dalam melengkapi anak-anak yang mungkin tidak mendapat didikan agama dengan sempurna di rumah. Janganlah bersikap umpama ketam mengajar anaknya berjalan, lupakah kita dengan 5 warisan yang akan membantu kita dialam sana kelak? mungkin alim ulama dalam kementerian pendidikan perlu campur tangan dengan meletakkan islam sebagai asas membuat keputusan.


Soalnya siapa yang takut? apa yang ditakut? mungkin "si tua" yang takut kerana bimbang anaknya itu nanti akan tahu kemungkaran yang dilakukannya, takut andai si anak bertanyakan "kenapa ayah dengan mak tak pernah sembahyang?" atau " kat rumah kita ni arah kiblat kat mana ayah?"....atau si tua sendiri tidak bersedia untuk bertaubat lalu meninggalkan amal dunianya yang "kotor" dan tiada sinar keislaman?....beristighfarlah...




4 comments:

McBudu said...

Agaknya takut anak-anak tanya "bapak ni tak ingat mati ke?...."

Harith Faruqi Sidek said...

he..he...tapi lagi takut kalau anak tanya " bila bapak ni nak mati.."

indica said...

mmg ada pros and cons...
yg setuju tu..sbb suka anak2 kecik diorang yg nakal/buas dah insaf..

yg tak setuju tu mungkin anak2 diorang tu dah start tido mengigau..
kot?

Harith Faruqi Sidek said...

bab ngigau tu kita tak boleh nafi, mungkin ada..

tapi berdasarkan pengalaman lampau, masa pak yob sekolah menengah dulu, sajak ini memang popular..memang menginsafkan, masa itu sajak ni disamapaikan dalam bentuk pantomin, kadang-kadang ada juga disiarkan melalui sistem PA yang dapat didengar seluruh asrama.

Bagi yang bersekolah aliran agama zaman 80an atau awal 90an dulu mesti tahu, zaman sekatang tak tahu la pulak,