Friday, October 17, 2008

Hujan dan TV

1. Bilakah ini akan berakhir, saluran berbayar yang pak yob langgan nampaknya belum "bertaubat" dalam masalah ini. Masih kedapatan masalah siaran "hilang" bilamana cuaca hujan. Mungkinkah ini kesan dari status "monopoli" yang mereka nikmati?, atau kaedah pemancaran siaran yang kununya moden ini memang mempunyai alahan pada hujan? lantas suka atau tidak, pelanggan harus terima hakikat bahawa bilamana cuaca hujan..maka mereka "wajib" dengan hati terbuka menerima "kehilangan" siaran dari "kotak empat segi" yang sedang asyik dihadap.

2. Bila keadaan ini terjadi, yang mana akan dipersalahkan dahulu....Hujan? atau syarikat pembekal siaran itu?. .mungkinkah keduanya akan mendapat "saham" masing-masing? adalah sangat tidak wajar dan tidak berperikemanusiaan jika menyalahkan hujan....kerana ia diluar upaya manusia, sedangkan yang beria-ia menyediakan dan menawarkan siaran berbayar itu adalah manusia yang mengharapkan keuntungan "besar" darinya......atau kita harus bersikap "rendah diri" lalu menyalahkan diri sendiri yang tewas dengan "nafsu" lalu membiarkan diri "membayar" bil langganan setiap bulan dengan akur.



5 comments:

indica said...

rumah baru rupanya !!....musim raya ni boleh buat rumah terbuka ...

Anonymous said...

Rumah kami tak ada siaran macam tu.. tv yang ada pun dah sama umur dengan Sarah...

As@Aza said...

ditambah ketensionan itu bila streamyx pun tak boleh jugak...habis...nak mengadap apa?? tv & internet yang dibayar tiap2 bulan asyik tak boleh tengok???? tido jeerr laahh jawabnyer time2 hujan tuuu :D

Harith Faruqi Sidek said...

indica: betul ke ko nak buat rumah terbuka ni? bila?

Sarajiha: lagi berumur lagi berharga...boleh "tolak" kat central market.

aza: tu baru bil...tak kira kereta yang baru basuh pagi tadi...petang dah macam kerbau main selut.

ueya said...

Ha As patut hang tembam..hang asyik tido time astro n streamyx buat hal...dok salahkan tembam..salahkan astro ler..hee.he
kami kat sini memang sokmo ribut but siaran tetap molek esp siaran "tut"..clear je...ish..ish..ish..

eh..napa kete bau kerbau?? now org malaysia suka main kerbau ke naik kete?hehehe...