Friday, September 19, 2008

Separuh jalan dah....

pejam celik..pejam celik...dah separuh jalan dah umat islam berpuasa....tatkala ramadhan tiba...imbauan kenangan sewaktu zaman universiti pasti menjelma...detik itu jugala pak yob senyum sendiri...teringat kawan-kawan lama...macam-macam peel yang ada bila tiba bulan puasa.Tahun ini ramadhan seperti tahun sebelumnya juga, kalau ada yang berubah pun...si ira dah jadi "pengacau tetap" kat meja makan, tahun sudah tak berapa nak "bijak" lagi..tahun ni nampak dia yang lebih berbanding si abang. Lokasi berbuka puasa? biasala....kadang-kadang rumah mak, kadang-kadang rumah mak mentua...jarang-jarang rumah sendiri.

Pasar Ramadhan jarang-jarang Pak yob redah...sekadar singgah di tepian gerai-gerai yang menjual karipap, kueh lodeh atau roti john sahaja. Sahur? pak yob tak berapa minat makan "lauk berat" time sahur....tapi kalau ada "bedal" ajela.

Selamat Berpuasa dan berjimat menjelang lebaran.

6 comments:

indica said...

Ok le tu...jgn tiba2 ucap selamat raya dah le..

Sama le kita..jarang singgah lama di PaRam..tu pun Param yg kecik dekat rumah je..(domestic). tahun ni Param yg besar tahap2 international belum pi lagi..lagi pun popia SS Ali kat mana2 ada...

McBudu said...

Pak Yob, selamat kembali, jangan lupa berbuka dengan ikan keli, ke dah tukar selera tahun ni...!

Harith Faruqi Sidek said...

ikan keli ada la sekali jumpa...

ueya said...

Salam,

Rumah Pak Yob dah ada orang dah..meriah ler rumah ni after sekian lama mneyepi blog ni..welcome back!

As@Aza said...

aper mimpi pak yob kembali semula nii??? :)

Harith Faruqi Sidek said...

kembali dengan semangat suam-suam kuku...