Kejadian ini baru berlaku petang semalam di kawasan letak kereta bawah bawah tanah milik sebuah pasaraya di Bandar Baru Bangi. Kejadian vandalisme yang memang menyakitkan hati, bayangkan bagaimana perasaan anda bila mendapati kereta kesayangan yang baru 3 kali bayar instalment disembur dengan cat? hati mana yang tak terbakar. Dalam kejadian petang itu, 5 buah kereta telah disembur cat, sewaktu kami (aku dengan ziyad) sampai ke lokasi kejadian (macam mazidul 999 la pulak....), hanya ada tiga kereta mangsa yang masih ada, 2 mangsa lagi telah beredar pulang. Tiga kereta yang terlibat itu ialah, sebuah mercedez benz (disembur cat putih), Gen2 (disembur cat putih) dan sebuah proton iswara (disembur cat hitam). Pengawal keselamatan yang ada disitu sedang berpeluh-peluh dan terkulat-kulat disergah pemilik kereta mercedez yang memang tengah naik minyak...."aku kalau dapat budak ni, memang aku pacak tangan, tak kira la budak ke orang tua.." antara kata-kata geram yang keluar dari mulutnya. Aku tak tahu nak komen apa...sebab hati ini dapat merasakan kesedihan dan kepiluan mangsa kejadian, mungkin inilah hasilnya kalau kesedaran sivik itu tidak bermula dari rumah...atau sebuah kisah persis "anakku sazali ".....kasih sayang yang terlampau atau kurang kasih sayang?....yang pastinya lokasi itu aku tinggalkan tanpa ada sebarang penyelesaian antara pemilik kereta dengan pengurusan bangunan.....si pendajal pula entah dimana pula mereka jalankan aktiviti pendajalan mereka....sementara itu...jika anda berada di sekitar Bandar Baru Bangi pastikan kereta anda diletakkan dikawasan yang mudah dilihat atau dikawsan sibuk...kerana pendajal ini pastinya masih bebas....
2 comments:
Aku rasa ni kerja 'rival' perniagaan ni.... ada mana-mana shoping kompleks baru buka tak kat situ?
hmmm...takde pulak, kalau ada pun di kajang...jauh bebenor tu..kalau betul la ko punya teori, memang dasar cemburu buta atau kuat cemburu la tokey dia tu..he..he..
Post a Comment