Bang Mat: group ni dulu memang top dengan lagu-lagu langgam.
Pak YOb: Lagu langgam tu lagu apa? macam lagu asli ke?
Bang Mat: Eh! langgam bukan asli..bukan asli..
Indica: langgam tu pop la..
Pak Yob: ye ke..pop tu pop..langgam tu langgam la..apalak pop tu langgam (hairan sampai kening bercantum)
Indica: pop tu langgam...dulu memang guna istilah langgam..
Pak Yob: aku dulu pernah dengar orang sebut lagu langgam..lagu langgam.. tapi tak tau macam mana jenih lagu ni.
Bang Mat : Tapi yang pasti..langgam bukan asli..(sambil tersenyum penuh keyakinan)..ko cari langgam tu apa..tapi bukan asli..(tersenyum dengan keyakinan yang bertambah dan tidak berbelah bagi)
Indica: he..he..
Pak Yob: Nanti aku carik dalam internet...(sambil kesudah...internet kemana..langgam kemana..)
Istilah langgam dalam kamus dewan ringkasnya bererti yang berlawanan dengan lagu asli atau "adat kebiasaan". aku tak pasti dengan tepat, tapi dari kefahaman aku, mungkin benar kata Indica, Langgam itu Pop...tapi jika diambil unsur "adat kebiasaan"...sebagai contoh era 80an, lagu genre rock adalah menjadi kebiasaan atau yang menguasai pasaran. Maksud Pop itu sendiri apa? adalah kependekkan dari Popular? jika betul maka ada benarnya pop itu adalah langgam kerana ianya bersifat kebiasaan atau popular. Tapi bagaimana pula ketika era lagu asli? adalah ianya tidak menjadi langgam? kerana definisi mengatakan langgam itu berlawanan dengan lagu asli? bagaimana suatu hari nanti jika lagu asli kembali gah? mungkin ada pakar muzik diluar sana yang punya jawapan? Indica? budakbudu?
3 comments:
Aku pun sebelum ini sebenarnya pernah terfikir apa itu lagu langgam...aku agak ramai yg spt kita , agak 'blur' dgn "lagu langgam" ni. Patut org-org musik kena beri penerangan jelas ttg perkara ini..mungkin diorang dah war-warkan tapi kita yg tak peka.
Namun dari pendapatan aku yg tak seberapa ni..istilah lagu langgam hidup di era 50an dan 60an. Mungkin di masa itu industri musik tanahair tidak begitu bersemarak spt sekarang yg byk menciplak dunia musik barat. Skang mcm2 ada..rock, blues, r&b, metal,thrash, hip hop, dangdut etc.
Yes, you are right, the word pop is derived from the word popular..
Pop music ie. music of general appeals.
Jadi Langgam, pada era 50an/60an merupakan lagu-lagu 'biasa' yg menarik ...'biasa'bagi aku bermakna 'susah nak dikategorikan, tapi ia menarik kpd semua' pada era itu krn ia bukan asli, klasik, keroncong etc. Nak dicop 'pop' mungkin istilah pop pada masa itu agak berbau kebaratan sdgkan lagu-lagu itu berciri kemelayuan.
Contoh lagu lama yg top..'Kenang Daku Dalam Doamu'..lagu ni aku rasa bukan asli, keroncong pun bukan..ko agak lagu apa?..
Kalau ko tak pernah dengor lagu tu, cuba dengar lagu "Ayah dan Ibu " penyanyi asal R.Ismail (era 50an/60an) tapi dinyanyikan semula oleh arwah Sudirman dlm CD pasar malam yg ko beli tu..hehe
bukan main panjang lebor komen..patut jadi entri blog ni..he..he...
Pak Yob
Aku pun terfikir cam ko gak, patut komen aku tu jadi satu entri..hehe
Sbb apa sesuatu komen tu panjang?.. Kemungkinan:-
i. isu itu berlegar dan bergantayangan di fikiran si pengomen
ii. isu itu menarik
iii. kontroversi
iv. mungkin pengomen tau byk, atau tau sikit atau buat2 tau..
v. mungkin si pengomen tgh rajin, byk masa, tak stress time nulis komen tu..
hehe...
Post a Comment