Friday, September 29, 2006

Corat-coret bulan ramadhan

Kawan Pak Yob: kau terawikh kat mana ?

Pak Yob: Aku kat surau rumah aku je...

Kawan Pak Yob: Imam Hafiz ke? aku sembahyang kat surau ******* imam import, student
arab rasanya, mendayu je dia baca...sedap la.

Pak Yob: Ye ke? iman surau aku pun best gak, dia baca ayat lazim.

Kawan Pak Yob: Ayat Lazim? takde feel terawikh la....

Pak Yob: aku ni jenis susah nak khusyuk sembahyang, so bila dia baca ayat lazim, aku boleh
follow baca dalam hati....takde la kepala otak menerawang ingat benda yang bukan-
bukan...cam ko takpa la...boleh khusyuk.

Kawan Pak Yob: he..he...senang-senang datang la jemaah kat surau *******, ramai budak-
budak sini semayang kat surau tu, bukan aku sorang je.

Pak Yob: Insyaallah....

itulah antara cebisan panorama di bulan ramadhan....bukan senang nak mencari khusyuk dalam solat, apatah lagi bagi insan seperti aku ini.


belanja pasar ramadhan hari ini :
Ikan Keli Goreng :RM2
Sambal petai ngan ikan bilis: RM2
Ayam masak merah: RM2
Kuih Karipap:RM1
Kuih Keria :RM1
Pulut Panggang: RM3.50
Jumlah : RM11.50

Monday, September 25, 2006

selagi ada nur iman.....

penggemar filem melayu era 80an pastinya tidak akan lupa akan Azmil Hj Mustafa, nama azmil gah dengan filem "Ali Setan", Mekanik, Driving School serta beberapa filem dan drama tv era itu. baru-baru ni saudara Azmil dijemput memberi ceramah agama di kantor aku...semacam tak percaya susuk tubuh yang asyik berceramah dan berdakwah menyampaikan nur islam ini adalah Azmil Mustafa yang pernah menggegar layar perak dengan lakonannya yang mantap.

Aku pernah terbaca kisah bagaimana detik bermulanya proses penginsafan beliau...antara kata-kata saudara Azmil ialah ".....Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu..."

Kisah saudara Azmil ini mengingatkan aku kepada beberapa lagi insan seni yang memilih jalan yang hampir sama sebagai destinasi penghijrahan mereka...antaranya Ustaz Akil Hayy (bekas vokalis kumpulan D'riyadh), Mokhtaruddin (aktor sezaman dengan Rubiah Suparman), Allahyarham Ed Osmera, Mel (bekas vokalis kumpulan Wings) , Dwen (penyanyi era 80an) , Yusof Islam dan ramai lagi.


Saudara Azmil Mustafa sepertimana yang aku lihat tempoh hari.

Tuesday, September 19, 2006

The Making of.......

2 bulan "sarang" aku dalam keadaan begini (sebenarnya sepanjang masa..)
Meja aku dari kacamata sekeping "business card"
Hasilnya : Johan Pameran sempena hari kualiti 3 tahun berturut-turut

Friday, September 15, 2006

seandainya....

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2006, Perlis vs Negeri Sembilan Naza....kedua-duanya bukan pasukan pilihan aku...pasukan Perak yang jadi sokongan aku rebah di peringkat separuh akhir ditangan Perlis. antara kedua pasukan ini, pasukan Negeri sembilan NAzA menarik perhatian aku kerana "penjenamaan semula " pasukan ini dengan penambahan nama penaja meraka "NAZA" selain pasukan pulau pinang yang menggunakan nama Pulau Pinang E&O. Berbalik kepada pasukan Perak, sepanjang musim bolasepak 2006, deretan papan-papan iklan tajaan syarikat kicap gergasi negara, Tamin menghiasi persisiran padang, lalu terfikir juga aku, manakan tahu suatu hari nanti Perak juga akan menurut langkah Negeri Sembilan Naza dengan menukar nama pasukan kepada "Perak Tamin"....atau akan ada pasukan lain seperti Selangor Gapurna, Terengganu Primula, atau mungkin syarikat gergasi negara seperti Scomi mahu turun padang memeriahkan arena bolasepak tanahair menerusi penajaan, mungkin tak mustahil suatu hari nanti pasukan Kuala Lumpur akan menjadi Kuala Lumpur Scomi. ..seandainya...

Wednesday, September 13, 2006

langgam....

Bang Mat: group ni dulu memang top dengan lagu-lagu langgam.

Pak YOb: Lagu langgam tu lagu apa? macam lagu asli ke?

Bang Mat: Eh! langgam bukan asli..bukan asli..

Indica: langgam tu pop la..

Pak Yob: ye ke..pop tu pop..langgam tu langgam la..apalak pop tu langgam (hairan sampai kening bercantum)

Indica: pop tu langgam...dulu memang guna istilah langgam..

Pak Yob: aku dulu pernah dengar orang sebut lagu langgam..lagu langgam.. tapi tak tau macam mana jenih lagu ni.

Bang Mat : Tapi yang pasti..langgam bukan asli..(sambil tersenyum penuh keyakinan)..ko cari langgam tu apa..tapi bukan asli..(tersenyum dengan keyakinan yang bertambah dan tidak berbelah bagi)

Indica: he..he..

Pak Yob: Nanti aku carik dalam internet...(sambil kesudah...internet kemana..langgam kemana..)



Istilah langgam dalam kamus dewan ringkasnya bererti yang berlawanan dengan lagu asli atau "adat kebiasaan". aku tak pasti dengan tepat, tapi dari kefahaman aku, mungkin benar kata Indica, Langgam itu Pop...tapi jika diambil unsur "adat kebiasaan"...sebagai contoh era 80an, lagu genre rock adalah menjadi kebiasaan atau yang menguasai pasaran. Maksud Pop itu sendiri apa? adalah kependekkan dari Popular? jika betul maka ada benarnya pop itu adalah langgam kerana ianya bersifat kebiasaan atau popular. Tapi bagaimana pula ketika era lagu asli? adalah ianya tidak menjadi langgam? kerana definisi mengatakan langgam itu berlawanan dengan lagu asli? bagaimana suatu hari nanti jika lagu asli kembali gah? mungkin ada pakar muzik diluar sana yang punya jawapan? Indica? budakbudu?

Tuesday, September 05, 2006

Baling Batu Sembunyi Tangan....

aku tertarik dengan ruangan komen melalui SMS dalam sebuah akbar tempatan....memang menarik ruangan ini, pembaca ada peluang meluahkan sebarang keresahan atau penghargaan dalam ruang ini. Komen yang diberikan cukup menarik...dari perihal kepimpinan negara sehinggalah pelusuk kehidupan dunia artis. Namun isu yang jadi persoalan dalam benak aku ialah, adakah rungutan, keresahan atau penghargaan yang dihantar itu benar? atau mungkin ada niat songsang disebaliknya?. Apakah wajar komen dihantar secara ringkas tanpa ada maklumat siapa, bila dan dimana?, penggunaan nama samaran tidak menjadi soal bagi aku, mungkin itu sebaiknya bagi mengelakkan sebarang nasib buruk menimpa diri kelak...siapa yang menghantar aduan tidaklah sepenting apa yang diadukan, jika tindakan diambil dengan melulu pastinya akan ada insan yang tidak berdosa menjadi mangsa. Bagi aku, perihal menghantar komen melalui SMS ini ibarat "baling batu sembunyi tangan", justeru polisi kerajaan agar pemilik talian prabayar mendaftarkan talian mereka adalah wajar, setidak-tidaknya dapat mengurangkan insiden "SMS layang". Namun dalam soal ini mungkin akhbar tersebut ada justifikasi dan pertimbangan mereka sendiri.

untuk Indica..dalam akhbar yang sama hari ini ada jawapan bagi persoalan saudara berkenaan pelaburan "swiss cash".