Wednesday, August 16, 2006
Tak Seindah Wajah....
Sharifah Amani....pemenang anugerah pelakon wanita terbaik sempena Festival Filem Malaysia baru-baru ini telah "mengguris" hati aku dan aku percaya ramai lagi rakyat Malaysia yang marah dengan aksi dan reaksi pelakon muda ini. Semuanya gara-gara kuntuman ayat yang diucapkan sejurus selepas menerima trofi kemenangan....""I sound stupid if I speak Malay......"...bagai nak jatuh jantung aku bila dia menghabiskan ayat itu, sebelum mengakhiri ucapan, dia sempat bersikap sarkastik dengan berkata (terjemahan) jika membuat filem itu mencemarkan budaya...kita patut membuatnya selalu"..Biadap! Kurang Ajar! Bongkak! Angkuh!...itu reaksi aku bagi menggambarkan perlakuan Sharifah Amani malam itu. Berbicara dalam bahasa melayu membuatkan dia kelihatan bodoh? atau dia bermaksud dia bodoh kalau berbahasa melayu?....adakah Hans Isaac kelihatan bodoh bila memberi ucapan dalam bahasa melayu? atau orang melayu seperti Afdlin Shauki itu bodoh kerana memberi ucapan dalam bahasa melayu? .Sebenarnya aku tak kisah pun kalau dia nak bercakap dalam bahasa inggeris atau bahasa inggeris campur melayu...tapi yang membuatkan aku marah ialah ayat yang dituturkan sebelum berbahasa inggeris itu..Sharifah Amani memberi alasan keturunan beliau yang punya campuran india, cina dan Arab menyebabkan beliau selesa memilih untuk berbahasa inggeris...alasan yang membuatkan aku ketawa dalam marah...Maya Karin yang ada keturunan eropah pun bercakap bahasa melayu atau merendahkan bahasa melayu.... Usia beliau yang masih muda juga dijadikan alasan...apa punya alasan, adakah dengan usia muda itu dia ada lesen untuk bersikap biadap dan menempelak orang yang lebih tua dikhalayak ramai? kalau usia baru 3 tahun kebawah boleh dimaafkan..ini dah 20 tahun!. Sharifah Amani kononnya mahu menunjukkan dia juga peka dengan isu semasa, dengan mengatakan tindakannya itu selaras dengan peranan kerajaan yang dalam usaha memperkasakan bahasa inggeris di sekolah-sekolah....aku tak tahu apa reaksi Menteri Pendidikan...tapi pada aku ini bukan produk yang mahu dihasilkan dari dasar kementerian itu....jika berbahasa melayu sudah dilihat seperti membodohkan diri seseorang itu, ini sudah lari dari dasar yang dirangka. Berkenaan dengan beliau menempelak dengan mengatakan beliau seolah bersetuju filem yang mencemar budaya patut dibuat lebih kerap....ini satu reaksi yang biadap dan kurang ajar...melontarkan kata-kata sebegini dihadapan seorang mneteri yang cuba memartabatkan budaya kebangsaan dan warisan tradisi. Aku yakin Datuk Seri Dr. Rais cukup terasa hati dengan tindakan "pelakon perasan" ini. Kalau Sharifah benar-benar mengagungkan pengarah yang menemui bakatnya, Yasmin Ahmad..itu hak dia..tapi tak perlu bertindak seperti berlebihan seolah-olah Yasmin Ahmad itu "Mahaguru" kepada semua orang filem di Malaysia. Buat Sharifah Amani..sedarlah...dalam ketika beberapa rakan artis lain yang memberi reaksi menghargai kemerdekaan seperti Norman KRU dan Mamat Khalid, ada juga teman yang seolah lupa diri dan bumi yang dipijak...you're no longer Malaysian's "Sweetheart"...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ye...aku pun tersentak jugak bila budak pelakon perasan ni mengungkapkan mukadimah yg tak sepatutnya. Baru menang anugerah tak setara mana dah perasan cam kat Academy Award pulak.
Bagi aku seorang pelakon terbaik tentunya tak jadi masalah utk berlakon berucap cakap melayu..kalau tak pandai cakap melayu le...tapi yg aku perhati ok je dia bercakap melayu dlm cerita Sepet. Juga budak pelakon yg perasan bagus ni nampak biadap bila konon cam bagus je mengungkapkan 'if making film is mencemarkan budaya, let's do it more often' .... What the heck huh?? depan Menteri KeKKWa pulak tu..
Gelagat artis mcm ni sememangnya memualkan. She's certainly not a 'sweetheart' to the Malaysian public.
Emmm..belagak sungguh..dah salah cakap mulala kata kerajaan galakan cakap bahasa inggeris la..apa la..mangkuk betul..hanya orang yang biol je boleh terima alasan macam tu..
walaupun saya pernah suka filem Sepet tu dan Yasmin Ahmad..lepas ni tempat mereka ialah mangkuk..mangkuk tan**s...
Aku tak heran dengan peristiwa tersebut, malah tak ras tersinggung pun; kerana bagi aku, artis ini ada dua golongan. Golongan pertama artis berakal, kreatif dan bijak, golongan kedua, artis bodoh, perasan bagus dan gila glamour. Jadi artis ini tergolong dalam kelas yang kedua tulah... Artis macam ni tak akan ke mana.... Yes, she indeed made her sound stupid that night, and many many nights after that.
Saya suka lakonan Sharifah Amani...beliau ibarat Ogy ketika di tahun-tahun 80an. Saya rasa kalian tersilap memahami maksudnya, dia memang kelihatan bodoh bila berbicara dalam BM sbb dia banyak berkomunikasi dlm BI. Jgn marah na...
Post a Comment