Wednesday, May 17, 2006

Sesejuk Airmata Ibu..

Malam semalam sempat aku melayan filem lama lakonan pasangan "real life" suami isteri, Zulkifli Zain dan Normala Omar....aku memang suka menonton filem lama tak kira tempatan atau luar negara...imbasan kenangan itu suatu yang cukup indah bagi aku...aku suka bercerita tentang suatu masa dahulu...satu kepuasan kalau kenangan itu dapat dikongsi bersama teman-teman...kalau kena kaki mahu sampai kepagi kami bersembang. Filem-filem era 70 - 80 an ini sebenarnya mempunyai unsur filem bollywood, banyak bait-bait dialog yang puitis dalam filem, selain lagu-lagu yang popular....hinggakan kalau terdengar satu-satu lagu dalam filem itu di radio, pastinya gelagat atau "scene" dalam filem tersebut yang menerpa di fikiran...umpamanya lagu broery dan sharifah aini atau lagu-lagu Dhahlan Zainuddin. Berbalik kepada filem tadi, siapa kenal Rahim Hamzah....beliau adalah seorang pemuzik yang cukup terkenal di era itu, beliau membuat "cameo" dalam filem ini. Hail Amir, kalau disebut pelakon ini...aku pastinya akan teringat kepada kereta-kereta yang beliau gunakan dalam filem....ford escort warna jingga yang "sporty".
DVD tu.....

kereta idaman aku suatu masa dahulu
"orange beauty".....

4 comments:

McBudu said...

Aku tak berapa suka Rahim Razali masa dia muda dulu, esp cara dia cakap tu... tapi bila dia dah matured aku minat pulak. Hail Amir pulak aku tak boleh lupa janggut bawah bibir dia tu. Yang aku paling minat masa tu ialah arwah Mustafa Noor.....

indica said...

Aku pernah tengok box-office Kisah Seorang Biduan, yg pelakonnya Dell dgn Gaya Zakri hehehe..
Rahim Razali aku tak brp pekenan tapi ok le..dan kalau tak silap Rahim Hamzah tu pencipta lagu yg ngetop masa tu..taktau mana dia pi skang.
Arwah Mustafa Noor..ok jugak tapi cara dia berjalan agak stylo sikit..

Harith Faruqi Sidek said...

ko jangan lupa yang jadi laki Gaya Zakri tu zi....nama dia Bob Mustafa kot..gaya dia pun ok la.

Unknown said...

Saya pun akhir2 ini semakin minat dgn filem-filem Melayu hujung 70an dan awal 80an...pada saya agak berkualiti teruatam lakonan Rubiah Suparman, Azean Irdawaty, Noorkumalasari dan Ogy. Sekarang, saya dalam proses utk kumpul filem2 lama tersebut yg memang rare dan tak diputar lagi di TV sekarang. Huhu.