Thursday, March 30, 2006

Return to Padang Kota

26 Mac 2006 aku kembali ke Padang Kota.....satu destinasi "wajib" yang ada dalam agenda setiap kali ada rombongan sekolah aku ke Pulau Pinang selain dari Tokong Ular, Pagoda dan Bukit Bendera. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku sampai kesana, memandangkan zaman tu aku masih bergelar budak sekolah rendah...dengan bayaran sekitar RM25 ringgit aku dibawa melancong ke destinasi menarik di Pulau Pinang, agaknya berapa yuran rombongan budak sekolah sekarang ni? mungkin BudakBudu ada fakta mengenainya, pasal dengar kata beliau ni orang kuat PIBG....Padang Kota pada malam 26 mac itu cukup meriah, kenderaan tak kunjung putus....van peniaga rojak buah dan pasembor setia di kaki lima benteng, muda mudi berbagai bangsa yang berpacaran penuh "bertenggek" di sepanjang benteng, ada yang sekadar melayan perasaan sendiri, ada yang seolah-olah mahu "berasmara", ada yang sekadar berbual kosong sambil melayan asap yang keluar dari puntung rokok, ada yang sekadar bersantai menghilangkan lelah dan aku bersama teman duduk menikmati panorama Padang Kota sambil menikmati Rojak Buah. Aku dapati ada similariti antara Benteng di Padang Kota dengan Benteng di Danga Bay.....penuh dengan muda mudi berpacaran ibarat teritip di benteng Pantai Morib.


































































4 comments:

Anonymous said...

Jeruk tak sampai sini pun...seminar ke?

Harith Faruqi Sidek said...

bukan seminar, mesyuarat dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang...kalau hantar Jeruk kesana, sampai2 dah jadi tuak la pulak....

McBudu said...

Pasal tambang bas ni aku tak tau sangat, yang aku tau bila meeting PIBG mesti ada agenda nak tambah duit PIBG.

Padang Kota memang best, macam-macam ada, tapi bila aku pegi ke sana ingat nak makan, anak aku mesti nampak Mc D dekat koner tu, tension betul!

indica said...

Boleh dibilang brp kali je aku ke Padang Kota tu...masa aku ke Medan dulu aku naik feri dari situ. Yg aku akan cari kalo kat Pdg Kota ialah Laksa...mmmmmmm sedap sampai dua pinggan aku lincin... lebih sedap dari Laksa yg kat Gunung Matcincang Lankawi tu..
Kat kajang/bangi ni tak jumpa laksa sedap cam tu...