Friday, March 31, 2006

La banjir de' bangi.

"mini havoc" tercetus seketika di stesyen komuter ukm semalam, gara-gara air naik paras bulu kaki akibat hujan lebat yang turun dengan tiba-tiba. Kebetulan aku bergegas kesana untuk "menyelamatkan" orang tua aku yang terperangkap di stesyen tu, parking kereta jauh pulak. Air memang deras sehingga menyebabkan keseluruhan bulu kaki aku kuyup, melangkah juga perlu berhati-hati, salah langkah sedar2 dah dalam longkang. Semasa tenang dulu tak terfikir pulak nak diamati betul-betul jalan tu, ada longkang atau tidak, bila dah banjir mula la nak buat "total recall"...last-last ku redah jugak jebat..tawakal je la..kalau jadi apa-apa pun aku tak kesal sebab niatku pada masa itu bukan mahu bermaksiat tapi menyelamatkan orang tua aku. Belum sempat aku sampai ke kaki lima stesyen tu aku nampak dua wajah yang memang ku kenali....tapi dengan "bertopi"kan beg plastik, rupanya diorang tu balik dari Pesta Buku Kuala Lumpur..mujur ada beg plastik buku...payung kuserahkan kepada mereka, dan aku hanya berpayungkan angin dan bayu petang itu. Mereka ku pimpin mengharungi arus banjir yang deras itu...ibarat sang Apek tukang kasut dipimpin Marjinah. Selesai "operasi menyelamat", barulah aku berkesempatan merakamkan detik itu, aku sedar ramai mata yang memandang gelagat aku...tak berminat aku nak mentafsir lontaran pandangan mereka itu, mungkin mereka fikir aku ni "poyo" pasal tengah sibuk-sibuk banjir aku sibuk dengan kamera, atau mereka lebih risaukan kamera aku akan rosak dek air hujan.


















































































Thursday, March 30, 2006

Return to Padang Kota

26 Mac 2006 aku kembali ke Padang Kota.....satu destinasi "wajib" yang ada dalam agenda setiap kali ada rombongan sekolah aku ke Pulau Pinang selain dari Tokong Ular, Pagoda dan Bukit Bendera. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku sampai kesana, memandangkan zaman tu aku masih bergelar budak sekolah rendah...dengan bayaran sekitar RM25 ringgit aku dibawa melancong ke destinasi menarik di Pulau Pinang, agaknya berapa yuran rombongan budak sekolah sekarang ni? mungkin BudakBudu ada fakta mengenainya, pasal dengar kata beliau ni orang kuat PIBG....Padang Kota pada malam 26 mac itu cukup meriah, kenderaan tak kunjung putus....van peniaga rojak buah dan pasembor setia di kaki lima benteng, muda mudi berbagai bangsa yang berpacaran penuh "bertenggek" di sepanjang benteng, ada yang sekadar melayan perasaan sendiri, ada yang seolah-olah mahu "berasmara", ada yang sekadar berbual kosong sambil melayan asap yang keluar dari puntung rokok, ada yang sekadar bersantai menghilangkan lelah dan aku bersama teman duduk menikmati panorama Padang Kota sambil menikmati Rojak Buah. Aku dapati ada similariti antara Benteng di Padang Kota dengan Benteng di Danga Bay.....penuh dengan muda mudi berpacaran ibarat teritip di benteng Pantai Morib.


































































Sejenak di Chilli's MidValley

Orang rumah dapat "rezeki" lebih...so berangkat la kitorang "menghabiskan" rezeki tu kat Mid Valley. Sambil tu berpeluangla kitorang makan kat tempat yang dah lama tak pergi sejak bergelar ibubapa ni. Memandangkan janji telahpun diikat dengan Mr Mangga, maka berduyun la rombongan 4 kepala ni ke sana. Santapan kami taklah semahal mana, memadai dengan "sedulang" Fajita Nachos bersama sepinggan "Mashroom" burger setiap seorang yang gagal kami habiskan...saiznya sesuai untuk mulut vokalis Aerosmith je.














Ziyad tengah angin pasal takde order untuk dia...















Satu-satunya Nachos yang terselamat dari serangan Mr.Mangga















Lebihan burger ni masih tersimpan dalam peti sejuk kat rumah...he..he..ntah apa rupanya skang ni..

Monday, March 13, 2006

Musafir ke Bagan Datoh

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun aku tak menjejakkan kaki di Bagan Datoh, tanah kelahiran ayahandaku. Ahad lalu aku berkesempatan pulang kesana demi memenuhi jemputan walimatul-urus sepupuku. Dari Kajang aku bertolak jam 9.00 melalui lebuhraya persekutuan yang agak lengang…suatu perjalanan yang membosankan…lebuhraya yang seolah-olah tiada penghujungnya…akhirnya jiwa bosanku terpujuk dengan kelibat papan tanda simpang keluar ke Bidor. Bidor sebuah pekan lama yang pada pengamatanku agak menyerupai pekan Semenyih (turut mendapat jolokkan Pekan Koboi)…perjalananku ke ke Bagan Datoh ditemani dengan deretan ladang-ladang kelapa sawit yang entah berapa luas ekarnya…terfikir juga aku, alangkah bagusnya kalau keretaku dapat digerakkan dengan minyak hasil dari jutaan pohon kelapa sawit itu. Namun apa yang menariknya ialah nama-nama ladang kelapa sawit di Daerah Hilir Perak itu …ada Ladang Nova Scotia, Jenderata, Flemington, New Coconut, Strathmachie dan Sussex. Tatkala kereta hinggap di muka lorong rumah sepupuku jam telah menunjukkan hampir pukul 12.30. Bila berada di Kampung Sungai Tiang, Dagan Datoh…aku berdepan dengan satu masalah…pertanyaan warga kampung jarang dapat aku jawab dengan kata-kata…kebanyakkannya dengan senyuman atau jawapan balas akan diberikan oleh ayahandaku..kenapa begitu? Kerana mereka semua mengajukan soalan dalam bahasa jawa yang tidak aku ketahui maksudnya…kecuali waras, wes, orak…isim bukak pintu gua Ali Baba pun aku tahu juga maksudnya. Bagan Datoh, bumi yang kaya dengan hasil kelapa…meskipun harganya tidak selebat harga besi buruk..namun ramai cerdik pandai, tokoh politik, tokoh korporat, seniman serta ulama lahir dari hasil titik peluh mengerjakan hasil kelapa. Bagi peminat muzik mereka kenal Datuk M. Daud Kilau itu bermastautin dan bermukim di Bagan Datoh, ahli politik tahu Datuk Ahmad Zahid Hamidi punya keluarga dan waris di Bagan Datoh, beliau kini Pengurus Pasukan Bolasepak Perak yang baru. Jam 2.30 petang aku mohon undur diri mahu pulang ke laman sendiri…memandangkan ramai rakan taulan yang “mempromosikan” jalan Sabak Bernam sebagai jalan pulang maka aku pun akur..ditambah pula dengan rasa bimbang akan mengantuk andai memilih lebuhraya. Memang suatu pengalaman yang berbeza, jika dulu sebolehnya aku hindari dari melalui jalan ini tapi kini ianya amat selesa dan lancar dengan jalan yang kemas berturap mungkin atas bakti Menteri Besar yang berasal dari kawasan Kuala Selangor.

Tuesday, March 07, 2006

camno ni...3 kupang tu...

















Jom kita ramai-ramai nyanyi lagu tiga kupang....