Pintu masuk hadapan Masjid Sheikh Abdullah Quilliam, Liverpool. |
Diambang Ramadhan, pada tanggal 27 Jun 2014, Masjid Sheikh Abdullah Quilliam yang merupakan masjid pertama di U.K dibuka semula. Masjid yang menggunakan 3 unit bangunan di no.8,9 dan 10 Brougham Terrace ini dibuka semula selepas ditutup selama 106 tahun dengan mengadakan solat jemaah fardhu jumaat.
Plak perasmian yang terdapat di dewan solat utama. |
Brougham Terrace....menandai perkembangan syiar islam di Liverpool dan England. |
Masjid ini dibuka pada tahun 1889, iaitu selepas Sheikh Abdullah Quilliam atau nama asal beliau, William Henry Quilliam memindahkan pusat dakwahnya dari Mount Vernon Street yang digunakan sejak tahun 1887.
Plak yang terdapat di pintu masuk no.8 Brougham Terrace menceritakan sejarah bangunan tersebut.
|
Ukiran asal yang terdapat didalam masjid. |
Laluan ke ruang solat yang terdapat di no.9, Brougham Terrace. |
Ruang solat utama,kelihatan Hajj Ahmad Thompson sedang memberi tazkirah sebelum solat fardhu Jumaat.
|
Hiasan dalaman bangunan yang berusia 184 tahun ini masih mempunyai gabungan hiasan dalaman berunsurkan arab, moorish, Ottoman selain rekabentuk era Victorian.
Bahan publisiti berkaitan pembukaan semula masjid bersejarah ini. |
Merakam kenangan di hadapan masjid tertua di England. |
Menurut laporan The Abdullah Quilliam Society, kos baikpulih masjid ini menelan belanja lebih dari 2.4 juta pound dan usaha menaiktaraf bangunan bersejarah ini masih diperingkat awal, malah masjid ini turut akan dilengkapi dengan kemudahan pusat penyelidikan seperti Arkib dan Perpustakaan.
Rujukan:
Long,Chris and Chester, Jerry. 'The birthplace of islam in Britain': Toxteth's Victorian Mosque reopen. access at http://www.bbc.co.uk/news/uk-england-merseyside-28018673.
The Abdullah Quilliam Society. Project Brochure 2012 - 2013 : The Sheikh Abdullah Quilliam Mosque and Heritage Centre.