Logo Sate Ria |
Nama Restoran Sate Ria suatu
ketika dahulu amat masyur sekitar 80an hingga awal 90an, perniagaan ini mampu
dikembangkan menjadi perniagaan secara francais yang lebih maju berbanding perniagaan
makanan segera yang lain pada ketika itu seperti Kentucky Fried Chicken (KFC),
Shakey’s Pizza dan White Castle Hamburger. Secara kebetulan, perniagaan makanan segera luar negara berkenaan juga berada dibawah satu payung pengurusan yang sama, iaitu
Innovest Food Chain Sdn. Bhd. Namun badai yang melanda syarikat induk itu pada tahun 1992 telah menjejaskan
perniagaan makanan segera yang dinaunginya. (Lokman Mansor, 1999).
Menurut laporan Berita Harian
bertarikh 2 Januari 1989, Sate Ria Sdn. Bhd. pada mulanya merupakan anak
syarikat Mara Holding, dan ketika dibawah pengurusan ini, Sate Ria berada di
zaman emasnya. Berpuluh cawangan restoran dalam dan luar negara dibuka, dibantu
pula dengan skim pinjaman perniagaan sehingga RM8,000 untuk pada graduan bagi
memulakan perniagaan Sate Ria. Harga sate yang ditawarkan kepada pengusaha
adalah 15 sen dan mereka dibenarkan menjual dengan harga diantara 15 sen hingga
30 sen secucuk.( NST, 17 Ogos 1987).
Iklan Sate Ria di akhbar. |
Restoran Sate Ria cawangan Orchard Road |
Satu lagi cawangan Sate Ria yang dibuka di Changi Road, Singapura. |
Sinar yang ada sewaktu mula
berpindah milik dibawah pengurusan Innovest Bhd pada tahun 1988 tidak kekal
lama, meskipun syarikat ini berjaya membawa Sate Ria menembusi pasaran di
Canada, German dan Australia. Pada masa
yang sama, pemindahan ini juga memberi impak kepada rangkaian restoren Sate Ria, ada diantaranya telah bertindak keluar dari kontrak asal, maka
muncullah restoran Sate Ria Singapura yang dimiliki oleh Haji Jalil Haron
misalannya.
Status cap dagangan Sate Ria di Australia |
Status Sate Ria di New Zealand |
Pada tahun 2008, syarikat ini dikatakan cuba bangkit semula iaitu
dengan kemunculan restorannya di Shah Alam, malah turut
menyertai pameran Francais International Malaysia di PWTC pada tahun yang sama
dan Malaysian International Food & Beverages Trade Fair (MIFB) pada tahun 2009 di
PWTC.
Rujukan:
City Hall to help jobless: grads get business sites, News Straits Times, 18 Jun 1987.
Dewani Abbas. Sate Ria tak terjejas dengan pembekuan harta Lorrain, Berita Harian. 19 Januari 1985
Intellectual Property in Australia. Access at http://www.ipaustralia.com.au/applicant/innovest-food-chain-sdn-bhd/trademarks/427884/ ( access date: 16 July 2013).
Kedai francais ala7-Eleven diperkenal, Utusan Malaysia, 24 Julai 1997
Lokman Mansor. Franchise industry set to gain from world meet, Business Times, 24 Mei 1999
Mafoot Simon. Sate: S'pura jadi pusat cubaan utk perluasan, Berita Harian, 6 Januari 1984
Malay Teachers celebrate after clinching satay franchise, The Straits Times, 7 Oktober 1984
Restoran Guru akan berimej baru, Berita Harian, 12 Januari 1986
Sate Ria a hit in London with $100,000 monthly sales, News Straits Times, 4 Ogos 1987
Sate Ria for Terengganu, News Straits Times, 19 Oktober 1987.
Sate Ria opens outlet in Seoul, New Sunday Times, 12 Jun 1988.
Sate Ria spreads its wing to Canada, News Straits Times, 28 Mei 1990
Sate Ria takes its satay to the stalls, News Straits Times, 17 Ogos 1987
Sate Ria Trademark. Trademarkify, access at http://www.trademarkify.com.au (access date 16 July 2013)
Sate Ria to open outlets in Australia, The News Straits Times, 8 April 1988
Tuminah Sapawi. Firma setempat ambil alih penuh Sate Ria, Berita Harian, 2 Januari 1989