Siu Mah ( Sumber :The Straits Times, 10 Mac 1959) |
Peristiwa serang hendap yang meragut nyawa Sir Henry Lovell Goldsworth Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British pada 6 Oktober 1951 merupakan kemuncak pemberontakan komunis di Tanah Melayu. Kejadian berlaku sewaktu Sir Henry Gurney bersama konvoinya dalam perjalanan ke Bukit Fraser. Meskipun peristiwa pembunuhan ini dikisahkan kepada masyarakat hingga dimasukkan dalam sukatan pelajaran sejarah di sekolah, namun kisah pembunuhnya jarang dibicarakan. Malah fail pembunuhan Sir Henry Gurney yang disimpan di The National Archives, London juga tidak mempunyai sebarang dokumen mengenai pembunuhnya, mungkin pembunuhnya itu akhirnya dapat ditumpaskan 8 tahun selepas kejadian berdarah itu.
Trajedi berdarah
Pada hari malang tersebut, Sir Henry Gurney bersama Lady Gurney dan Setiausaha Sulit beliau, D.J Staples bertolak dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser pada jam 10.45 pagi, iaitu sepertimana yang dijadualkan. Mereka menaiki sebuah Rolls Royce, iaitu kenderaan rasmi Pesuruhjaya Tinggi British, kenderaan mereka diiringi oleh pasukan polis pengiring yang menaiki sebuah Range Rover. Namun setibanya di selekoh di sebatang jalan antara Kuala Kubu Baru - Pahang yang dikenali sebagai The Gap, kira-kira jam 1 tengahari, mereka telah diserang hendap. Dikatakan sebaik sahaja mereka dihujani peluru, Sir Henry Gurney telah bertindak keluar dari kereta, lalu cuba mencari arah tembakan dilepaskan, beberapa saat kemudian, beliau sendiri menjadi mangsa peluru yang dilepaskan oleh pengganas komunis yang bersembunyi disebalik rimbunan hutan hijau di sekitar kawasan tersebut.
Menurut keterangan polis bantuan yang tiba ketempat kejadian selepas keadaan tenang, pemandu Sir Henry Gurney ditemui meniarap disisi kereta Rolls Royce dengan kecederaan di kepala dan kaki, sementara Sir Henry Gurney yang keluar dari kereta telah ditemui tertiarap tidak bernyawa di dalam longkang berhampiran kereta beliau. Lady Gurney dan D.J Staples ditemui selamat didalam kereta berkenaan tanpa sebarang kecederaan, sementara tujuh orang konstabel polis dari pasukan pengiring ditemui dalam keadaan cedera.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Hasil post-mortem mendapati Sir Henry Gurney menemui ajalnya akibat kecederaan parah dikepala, sebutir peluru telah dikeluarkan dari jasad Pesuruhjaya Tinggi British itu.
Sir Henry Gurney ( Sumber: Wikipedia) |
Fail tentang pembunuhan Sir Henry Gurney yang disimpan di The National Archive, London. |
Fail tentang tindakan yang diambil oleh pasukan keselamatan pasca kejadian berdarah tersebut. |
Trajedi berdarah
Pada hari malang tersebut, Sir Henry Gurney bersama Lady Gurney dan Setiausaha Sulit beliau, D.J Staples bertolak dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser pada jam 10.45 pagi, iaitu sepertimana yang dijadualkan. Mereka menaiki sebuah Rolls Royce, iaitu kenderaan rasmi Pesuruhjaya Tinggi British, kenderaan mereka diiringi oleh pasukan polis pengiring yang menaiki sebuah Range Rover. Namun setibanya di selekoh di sebatang jalan antara Kuala Kubu Baru - Pahang yang dikenali sebagai The Gap, kira-kira jam 1 tengahari, mereka telah diserang hendap. Dikatakan sebaik sahaja mereka dihujani peluru, Sir Henry Gurney telah bertindak keluar dari kereta, lalu cuba mencari arah tembakan dilepaskan, beberapa saat kemudian, beliau sendiri menjadi mangsa peluru yang dilepaskan oleh pengganas komunis yang bersembunyi disebalik rimbunan hutan hijau di sekitar kawasan tersebut.
Menurut keterangan polis bantuan yang tiba ketempat kejadian selepas keadaan tenang, pemandu Sir Henry Gurney ditemui meniarap disisi kereta Rolls Royce dengan kecederaan di kepala dan kaki, sementara Sir Henry Gurney yang keluar dari kereta telah ditemui tertiarap tidak bernyawa di dalam longkang berhampiran kereta beliau. Lady Gurney dan D.J Staples ditemui selamat didalam kereta berkenaan tanpa sebarang kecederaan, sementara tujuh orang konstabel polis dari pasukan pengiring ditemui dalam keadaan cedera.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Hasil post-mortem mendapati Sir Henry Gurney menemui ajalnya akibat kecederaan parah dikepala, sebutir peluru telah dikeluarkan dari jasad Pesuruhjaya Tinggi British itu.
Kawasan di mana Sir Henry Gurney dibunuh. |
Lakaran lokasi kejadian |
Antara keterangan pegawai polis yang direkodkan. |
Perancang Pembunuhan Henry Gurney
Siu Mah, itulah nama komander yang mengetuai kumpulan komunis yang menyerang konvoi Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951. Sebelum menyertai pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya, Siu Mah yang dilahirkan sekitar tahun 1919 merupakan seorang tukang masak dan penoreh getah. Sewaktu penaklukan Jepun keatas Tanah Melayu, masyarakat cina mendapat layanan yang begitu dasyat dari askar negara matahari terbit itu, maka atas desakan itu, Siu Mah telah menyertai MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) sebuah pertubuhan yang menentang pencerohohan Jepun dan berpusat di Johor.
Pada tahun 1949, Siu Mah telah diangkat sebagai komander, beliau memimpin sebuah pasukan pemberontak bersenjata seramai 200 orang, dalam tahun tersebut juga beliau bersama pasukannya telah bergerak dari Johor ke Pahang dengan misi menimbulkan kekacauan di negeri tersebut. Antara keganasan yang dilakukan ialah serangan keatas kenderaan yang membawa Pegawai Daerah Bentong, A. D. Stutchbury. Dalam kejadian tersebut, isteri pegawai daerah berkenaan bersama seorang penterjemah telah ditawan, sementara Stutchbury bersama seorang lagi pembantu dapat meloloskan diri. Isteri Stutcbury dan penterjemah itu kemudiannya dilaporkan telah dibunuh atas arahan Siu Mah.
Serangan keatas konvoi Sir Henry Gurney walaubagaimanapun dipercayai berlaku tanpa dirancang, kerana pihak polis telah mengesahkan tiada berlaku kebocoran maklumat tentang jadual perjalanan Pesuruhjaya Tinggi British itu. Sebaliknya ia berlaku setelah secara kebetulan pasukan komunis itu terlihat kenderaan mewah yang dihiasi bendera yang pastinya membawa orang kenamaan, lalu mereka menjadi mangsa pada hari malang tanggal 6 Oktober 1951, sekitar jam 1 tengahari.

Pemburuan keatas Siu Mah
Atas perisikan selama hampir 8 tahun yang dilakukan, pihak inggeris akhirnya dapat mengenalpasti Siu Mah sebagai orang yang bertanggungjawab atas pembunuhan Sir Henry Gurney. Mulai 19 Februari 1959, satu operasi besar besaran telah dilancarkan bagi memburu Siu Mah dan pasukannya, hampir 4000 anggota tentera, polis, Home Guard dan unit bersenjata yang lain dibawah arahan Brigidier H.G Mogg telah ditugaskan melaksanakan misi tersebut. Dalam tempoh itu, pasukan Siu Mah menjadi semakin lemah, kerana mereka terputus bekalan makanan kerana mereka tidak boleh berada lama di satu-satu kawasan, pasukan yang diketuainya juga semakin mengecil, akhirnya hanya tinggal bertiga, Siu Mah dan dua orang lagi anggota yang bertindak sebagai pengawal peribadinya iaitu Chow Yoon dan Thin Yong.
Siu Mah dibunuh
Setelah beberapa waktu hidup dalam buruan tanpa bekalan makanan, Siu Mah dan aggotanya mengambil keputusan untuk berundur ke kawasan yang hampir dengan Ipoh, dimana mereka menjadikan sebuah gua sebagai tempat berlindung. Tanpa beliau sedari, kedua-dua pengawal peribadinya sebenarnya telah merancang untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa, lalu mereka menjadiakan alasan keluar mencari makanan sebagai alasan untuk keluar dari tempat persembunyian. Chow Yoon dan Thin Yong kemudiannya telah menyerah diri di Balai Polis Ipoh Tengah, mereka juga bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangkap Siu Mah. Keesokan harinya, operasi menangkap Siu Mah berakhir dengan komander Parti Komunis Malaya itu mati ditembak oleh pihak berkuasa.

Rujukan:
Assasination of Sir Henry Gurney, Co537/7283.
The National Archives.
Gurney's Killer Dies ( 10 Mac 1959), The
Straits Times, p. 1
Off: Man who saw
Sir Henry Killed (31 July 1960), The Straits Times, p. 4
Sir Henry Gurney
is Buried with other victims ( 9 Oktober 1951), The Straits Times, p. 7
Sir Henry Gurney
killed - He Drew bandit Fire ( 7 Oktober 1951), The Straits Times, p. 1
Siu Mah: The
Killer of Sir Henry Gurney (10 Mac 1959), The Straits Times, p. 6
The Man who was in
Gurney's Car...( 10 Mac 1959), The Straits Times, p. 7