Thursday, June 29, 2006
Ramalanmu tak benar belaka...
perlawanan pusingan kedua yang menemukan dua jaguh bolasepak eropah, Perancis dan Sepanyol berlangsung dengan hebatnya. Ramalan awal ramai fanatik bola meletakkan Sepanyol mampu melangkah ke suku akhir dengan rekod cemerlang di peringkat kumpulan. Berbanding perancis yang menampilkan persembahan kurang bermaya di peringkat kumpulan sehinggakan terpaksa menunggu ke perlawanan terakhir sebelum mengesahkan kelayakkan ke pusingan kedua. Aku, Mr.Mangga dan sahabat baiknya Nostradomus turut meletakkan sepanyol sebanyai pasukan pilihan, namun pengakhiran 90 minit perlawanan tersebut memihak kepada Perancis dengan 3-1....satu kemenangan bermakna yang mampu mengembalikan keyakinan peminat mereka. Perancis 2006 tidak sama dengan Perancis 2002 atau 1998, adunan pemain veteran dan muda ternyata berkesan dalam perlawanan ini...suku akhir bertemu Brazil? mungkin ada kejutan...permainan Brazil sewaktu menundukkan Ghana juga kurang meyakinkan, meskipun menang rata-rata peminat bolasepak mengakui permainan Ghana lebih menarik dan keputusan 3-0 seakan bukan keputusan yang wajar bagi kesebelasan Ghana. Berakhirnya cabaran Sepanyol bererti aku hanya tinggal satu pasukan pilihan sahaja lagi....England. Permainan kurang meyakinkan sewaktu menundukkan Ecuador seakan petanda mereka belum mampu mendakap piala dunia...Portugal bagi aku sebuah pasukan yang penuh dengan "Budak Jahat", rekod disiplin yang teruk dalam setiap kejohanan besar...pernah berbangga dengan era "Golden Boys" pimpinan Luis Figo, Nuno Gomez, Vitor Baia, Conceicao....peluang 50-50...jika Holland yang layak mungkin kelebihan ada pada Holland.
Wednesday, June 21, 2006
Tembang Kenangan
Sebagai peminat lagu-lagu lama aku memang sebolehnya tidak mahu terlepas dari turut nonton sebuah rancangan dari Indonesia iaitu "Tembang Kenangan"...Tembang itu bererti nyanyian jadi judulnya seumpama Lagu Kenangan. Rancangan ini dihoskan atau digawangi malah disebut juga sebagai "Pemandu /pembawa Acara" (ni puan sarajiha lebih arif nih...)oleh penyanyi evergreen Indonesia sendiri iaitu Bob Tutupoly atau nama penuhnya Bobby Willem Tutupoly. Rancangan ini sememangnya memuatkan lagu-lagu yang pernah popular zaman-zaman sebelum 80an, lebih menarik lagi bila penyanyi asal lagu-lagu tersebut turut diundang menyampaikan lagu tersebut secara langsung. Tapi yang menarik tapi lucu ialah bila konsep rancangan yang seakan jamuan makan malam ini menampilkan para penonton yang sudah agak berumur yang kemudiannya akan turut sama berdansa mengikut tiap lagu yang dinyanyikan..maka bolehkah disaksikan nyonya-nyonya yang bertudung atau bersanggul tingkat menari dengan pasangan masing-masing. Dalam rancangan ini juga diselitkan slot ucapan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada penonton yang menghantar ucapan..maka ada pasangan akan menyambut ulangtahun jubli Perak, jubli emas dan sebagainya. Aku tahu Mr. Mangga juga minat rancangan sebegini, kebetulan siri terbaru yang aku tonton ada penyanyi pujaan beliau yang mungkin tak ramai yang pernah dengar apatah lagi mengenali kelibat penyanyi ini, yang saya maksudkan ialah kumpulan Koes Plus. Jadi untuk Mr. Mangga, saya tampilkan Koes Plus untuk saudara.....
Inilah rupa Vokalis Koes Plus pujaan Mr. Mangga
Friday, June 16, 2006
England menang dalam kepayahan..
England tewaskan Trinidad & Tobago (selepas ini disebut T&T) 2-0....kemenangan yang dicatatkan disaat perlawanan seakan akan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Dengan reputasi kesebelasan utama yang bukan sahaja ternama tetapi juga bergelar jutawan, england seharusnya tidak perlu mengerah sepenuh keringat untuk menjinakkan T&T. Namun apa yang berlaku awal pagi tadi ialah sebaliknya, sepertimana perlawanan pertama menentang Paraguay, pasukan england seakan masih kebuntuan membuat jaringan dengan gandingan Crouch dan Owen seakan berada dalam dua dunia yang berbeza. England walaupun menguasai banyak posession bola, namun penyudah yang tumpul cukup mengecewakan aku. Hujanan peluang keemasan yang dipersiakan oelh Owen, Crouch dan Lampard menambahkan lagi kehangatan di hati aku. Mujurlah hantaran lintang "mestro" england, Beckham dapat diterjemahkan dalam bentuk gol oleh Peter Crouch, sejurus kemudian rakan sepasukannya di Liverpool, Steven Gerrard. So kesimpulannya, bila saat-saat genting, look for liverpool's players.
Wednesday, June 14, 2006
Asian Proud....
Malam tadi sempat aku menyaksikan sebuah pasukan Asia mencatat kemenangan dalam perlawanan pembukaan mereka. Korea Selatan yang layak hingga ke Separuh Akhir pada edisi 2002 berjaya membenamkan cabaran pasukan kurang ternama dari benua Afrika, Togo. Togo yang membuat penampilan pertama pada Piala Dunia kali ini meskipun tewas dengan jaringan 2-1, namun secara keseluruhan persembahan mereka adalah memuaskan ditambah pula dengan keadaan fizikal para pemain mereka yang tegap dan tinggi, melampaui keadaan fizikal pemain Korea. Namun dalam permainan bolasepak, fizikal bukanlah faktor terbesar dalam menentukan kejayaan atau menjadi kelebihan yang mampan. Sejarah membuktikan ramai pemain yang punya fizikal yang kecil mampu berjaya, pokoknya mereka perlu ada kemahiran dan ketangkasan yang tinggi....lihat sahaja kemampuan Maradonna, Michael Owens, Toto Schillachi, Thomas Haessler, Ariel Ortega dan ramai lagi. Berbalik kepada kejayaan Korea Selatan, memang tak dapat dinafikan faktor kekurangan seorang pemain dari pasukan Togo akibat kad merah antara penyumbang utama kepada kemenangan Korea Selatan. Korea Selatan bermain dengan baik, walaupun penyudah dan beberapa hantaran jauh yang kurang tepat merosakkan sedikit sebanyak kelancaran permainan mereka. Sumbangan wira 2002, Ahn Jung Hwan begitu terserlah meskipun muncul dari bangku simpanan, mungkin jika dimasukkan lebih awal, beliau mampu meledakkan jaringan tambahan untuk Korea Selatan. Semoga pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya, terutama menentang Perancis dan Swiss sebelum menjamin tempat di pusingan seterusnya. Mr Mangga pastinya tertarik dengan penjaring gol tunggal Togo, Mohamed Kader Toure.
Kader Toure
Kader Toure
Tuesday, June 13, 2006
Nippon Go.....home?
Malam tadi menyaksikan sebuah lagi pasukan wakil asia tumbang....lepas Iran dimamah dek Mexico...malam tadi giliran Jepun pula yang menjadi santapan pasukan Australia...mungkin atas semangat "Asia untuk Asia", aku agak "concern" pada pasukan dari asia....aku menjangkakan wakil asia dapat memberikan persembahan yang baik, kecuali Arab Saudi. Seperti Iran, Jepun juga cemerlang dalam babak pertama sebelum panahan terik mentadi di wilayah Kaiserlautern menyahtenaga mereka...akhirnya kemenangan yang hampir dalam genggaman terlucut dalam tempoh 8 minit terakhir. Kecewa berbaur geram juga aku malam tadi, peluang yang terhidang gagal dimanfaat....jelas sekali pasukan versi 2006 jauh kurang dari pasukan jepun versi 2002 yang cukup tangkas dan pantas. Kalau mahu disalahkan keadaan suhu yang membakar...Australia turut terasa, namun mental yang mahukan kemenangan menyebabkan mereka seolah ada tenaga lebihan berbanding Jepun yang corak permainan mereka makin "bersepai" diakhir perlawanan, mujur penjaga gawang mereka dapat memberikan persembahan yang baik. Australia bukan asing dalam dunia bolasepak asia...beberapa bekas pemain kebangsaan mereka pernah bermain di Malaysia. Bayangkan jika mereka layak bermain dalam kejohanan edisi 90 atau 98....pastinya kita dapat melihat idola import bolasepak malaysia seperti Alistair Edwards, Abbas Saad, Warren Spink, David Mitchell, Mehmet Dorakovic, Alan Davidson, Marshall Soper, Josip Biskic malahan ramai lagi. Tapi pastinya ramai yang ingat, ada beberapa pemain yang pernah beraksi di Piala Dunia, kemudiannya menyumbang bakat mereka di Malaysia seperti Karel Stromsik (Chekoslovakia/Selangor), Emilie Mbouh Mbouh (Cameroon/Perlis), Stephen Keshi(Nigeria/Perlis). tapi tak pasti pula idola Mr. Mangga, Lee Jang Jung pernah beraksi di Piala Dunia.
Tuesday, June 06, 2006
Wabak WC bakal tiba....
selang 4 tahun wabak ini akan menyerang seluruh penduduk dunia....bezanya ada yang kronik dan ada yang tak kronik....dan ada yang sebelum ini tidak kronik, kali ini mengkronikkan diri agar dirinya sama-sama kronik dengan orang lain...inilah bahana wabak WC. apa tu WC...apalagi kalau bukan World Cup, sebagai "penggila" bola aku memang masuk dalam kategori kronik. APa yang menariknya bagi aku, tahun ini merupakan tahun pertama aku akan mengidap demam world cup sebagai laki orang dan bapak budak..soo..tengoklah nanti macam mana keadaanya...cepat kebah ke tidak. Tiap kali WC datang, semacam satu pesta atau fenomena besar akan berlaku, satu-satunya perayaan yang disambut oleh seluruh masyarakat dunia tak kira apa bangsa, budaya dan agama. Uniknya WC ini ialah ianya melibatkan emosi yang pelbagai....jangan terkejut seorang rakyat Malaysia boleh menangis teresak-esak kerana pasukan Italy ditimpa nasib malang dalam kempen WC...padahal dia hanyalah sekadar penyokong..bukannya rakyat itali pun..itulah sentimen emosi yang ada sepanjang musim WC ini. Aku sendiri punya pasukan pilihan yang aku sokong sejak aku kenal sukan ini....England. Lama sudah aku duduk dalam kelompok sederhana penyokong pasukan ini...sejak angkatan zaman Kevin Keegan, John Barnes, Peter Shilton, Terry Butcher, Glenn Hoddle, Chris Waddle, Trevor Francis, Ray Wilkins, Viv Anderson, Peter Beardsley kemudiannya era Gary Lineker, Teddy Sheringham, Tony Adams, Chris Woods, Paul Gascoigne, David Platt, Tony Dorigo dan kini pasukan yang dianggotai angkatan baru seperti Steven Gerrard, Frank Lampard, Michael Owen, Wayne Rooney, jamie Carragher ini terus jadi pilihan aku. England sebuah pasukan yang tidak dapat dipisahkan dari sejarah sukan bolasepak, walaupun mereka hadir dalam arena pertandingan WC ini agak kemudian dari negara-negara kuasa besar bolasepak dunia yang lain...andainya mereka hadir dalam edisi WC yang pertama mungkin Uruguay bukan juaranya. England pernah muncul juara tahun 1966.....semoga semangat dan kecemerlangan mereka akan berulang pada edisi 2006 ini, 40 tahun selepas PIALA DUNIA mereka dakap.
Liverpool's mate on national duty
Liverpool's mate on national duty
Subscribe to:
Posts (Atom)