Wednesday, June 16, 2010

Syabas KJ..lupakan bangunan parlimen baru.

Baru-baru ni Pak Yob ada baca diakhbar utusan malaysia versi atas talian, kerajaan sedang berura-ura mahu membina bangunan parlimen baru di Putrajaya dengan kos 800 juta. Pak Yob harap difikirkan masak-masak cadangan ini, kalau boleh, usah diteruskan, bukannya apa...kalau sering bocor dijadikan alasan mahu pindah...stadium baru di terengganu yang setahun jagung pun boleh runtuh. Apakah ahli-ahli berhormat kurang selesa dengan bangunan sekarang? pernahkah ahli-ahli berhoramt lihat bangunan parlimen UK? ...tiada kerusi empuk..tiada meja selesa..mereka duduk rapat-rapat...kediaman PM Britian juga tidak sehebat yang kita ada di Putrajaya.

Rasanya lebih baik duit 800 juta itu dibuat dana untuk meneruskan biasiswa pelajar ke luar negara yang mahu dikurangkan tahun depan. Pak Yob terbaca dilaman Malaysia Insider, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sanggup bersidang di dewan parlimen yang bocor daripada dana biasiswa dikorbankan untuk bangunan baru....syabas Pak Yob sampaikan buat saudara Khairy.


Bangunan Parlimen Malaysia....masih gagah indah berseri
UK Parliament House.....bersejarah dan kekal berkhidmat


Dewan Parlimen Malaysia...selesa dengan kerusi mewah empuk

Dewan Parlimen UK.....sesak, nak menulis pun atas riba sendiri.
Dewan Parlimen harus adalah tempat memperjuangkan aspirasi dan hasrat rakyat, ahli berhormat yang sejati akan berjuang tidak kira dimana sekalipun...hatta dibawah pokok sekalipun.

2 komen:

sarahjiha said...

Kalau jadi tambah sesak la Putrajaya...welcome back...

Pak Yob said...

sesak dengan kereta sepasal..sesak dengan pendatang dengan izin atau tanpa izin lagi bahaya..boleh hilang jiwa dan raga..